Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

UPSR Bocor, Kementerian Selar...

KEMENTERIAN Pendidikan menyangkal laporan The Malaysian Insider mengenai penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan...

DAP Dalami Islam Indonesia...

KUALA LUMPUR - DAP menghantar rombongan ke negara jiran Indonesia bagi mempelajari tentang...

Inisiatif KKM Hadapi Bilangan...

PUTRAJAYA - Inisiatif membangunkan peralatan alat bantuan pernafasan dan perkongsian alat bantuan pernafasan...

Syed Saddiq Mohon Dibicara

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Persoal Aksi ‘Rope Swing’ Mat Redho Dan Anak

OH tidak… Kami sendiri lemah lutut menonton aksi berani daripada bekas pemenang bintang realiti, Fear Factor Malaysia ini yang terjun bersama anak perempuannya dari tempat tinggi.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Mohd Redha Rozlan atau lebih dikenali sebagai Mat Redho melakukan aksi terjunan rope swing pada ketinggian 60 meter ketika berkunjung di Kuala Kubu Bharu, Hulu, Selangor, baru-baru ini.

Rata-rata pengguna media sosial turut memuji dan kagum dengan keberanian yang ditunjukkan anak perempuannya, Mecca Mikaela, biarpun usianya baru sahaja mencecah dua tahun.

Bagaimanapun, apa yang menimbulkan persoalan netizen adalah faktor keselamatan anak perempuannya itu yang dilihat hanya diikat tali keselamatan sambil didukungnya.

Ada yang mengatakan aktiviti ekstrem seperti ini membahayakan nyawa kanak-kanak ditambah pula anak perempuannya itu dilihat tidak memakai sebarang helmet keselamatan ketika melakukan terjunan.

“Gila dah la anak tak pakai safety harness! pegang macam itu je, yang tukang jaga itu pun tak fikir otak ke apa,” tulis pengguna akaun @jiaismail.

@ninamahfuzah pula menulis,“Berani wey, safety anak tu ikat sekali ke dengan ayah dia? Kalau saya la tak sanggup buat macam ni dekat anak.”


Pun begitu, Mat Redho menjelaskan di ruang kapsyen bahawa segala faktor keselamatan seperti penggunaan tali keselamatan telah diikat erat pada tubuhnya dan khidmat digunakan merupakan salah satu penganjur yang diyakini.

Tambahnya, anaknya sendiri yang meminta untuk melakukan aktiviti terjunan itu dan dia tidak pernah memaksa.

Selain itu, pihak penganjur juga telah terlabih dahulu mencuba berkali-kali bagi memastikan keselamatan setiap pengunjung dan difahamkan hanyunan ke bawah itu tidak sama sekali mencecah pada batu atau pokok dengan masih 20 meter berbaki jarak.

“Aktiviti yang dilakukan oleh Mat Redho adalah selamat kerana ia sudahpun dinilai oleh beberapa agensi yang berkaitan dan ahli arbor bagi memastikan pokok yang ditambat benar-benar selamat digunakan.

“Tiada had umur dalam melakukan aktiviti ini, namun kami menetapkan berat minimum adalah 40 kilogram (kg) dan maksimum pula 120kg untuk seorang individu atau dengan pasangan,” kata pihak penganjur seperti yang dipetik daripada sebuah portal berita tempatan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori