• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Redho Dicalon Anugerah Perdana Belia Negara

oleh
07/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercadang mencalonkan atlet sukan ekstrem, Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.

Beliau berkata pencalonan itu berdasarkan kejayaan Mohd Redha, 30 yang menjuarai Liga Cabaran Ninja 2018 di Perth, Australia, Isnin lepas mengalahkan Jake Murray dari Amerika Syarikat dan peserta tuan rumah Cameron D’Silva yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

“Apabila nama Mat Redho dibawa perhatian tiga minggu lepas oleh rakan-rakan netizen mengenainya, saya telah meminta KBS (Kementerian Belia dan Sukan) mengambil maklum untuk membantu beliau.

“Tahniah Mat Redho atas kejayaan dalam Ninja Challenge League 2018. Saya di sini sendiri ingin mencalonkan saudara Mat Redho sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018. Congrats bro! You are an inspiration to many Malaysians! (Tahniah saudara! Anda menjadi inspirasi bagi ramai rakyat Malaysia) ” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Pada pertandingan itu, Mat Redho yang juga bekas pemenang program Fear Factor Malaysia menjuarai saingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 setelah berjaya melepasi semua halangan dalam tempoh 5 minit 13.09 saat. – BERNAMA

Tags: mat redho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Redho Julang Nama Malaysia

07/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas juara Fear Factor Malaysia, Mohd Redha Rozlan mencipta sensasi di bumi Australia apabila menjuarai saingan Grand...

Persoal Aksi ‘Rope Swing’ Mat Redho Dan Anak

20/03/2018
0

OH tidak... Kami sendiri lemah lutut menonton aksi berani daripada bekas pemenang bintang realiti, Fear Factor Malaysia ini yang terjun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd