• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Dituntut Jauhi Perselisihan Dan Perbalahan

oleh
19/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Masyarakat di Negeri Sembilan dituntut untuk menjauhi segala bentuk perselisihan dan perbalahan sesama sendiri, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau berkata masyarakat perlu memelihara perpaduan dan keharmonian hidup sesama manusia kerana perkara tersebut merupakan perintah agama yang patut dipatuhi oleh umat agama Islam.

“Allah mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga hubungan silaturahim sesama umat manusia, berinteraksi, bergaul dan menjalin hubungan yang baik bagi keharmonian sesama anggota masyarakat.

“Sifat berlapang dada dan rasa cinta sesama saudara muslim adalah wajib dipelihara dan disuburkan,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri di sini, malam ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Razali Ab. Malik, Speaker Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, Mufti Kerajaan Negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad serta barisan Exco kerajaan negeri.

Beliau berkata sebagai agama yang menganjurkan perdamaian dan kasih sayang, setiap masyarakat hendaklah berazam untuk terus menyebarkan dakwah kepada masyarakat bukan Islam.

“Ini dapat dilakukan dengan mengajak mereka berdialog mengenai agama, menunjukkan contoh kemuliaan akhlak Islam, berbuat adil dan kebaikan serta pertahankan kesatuan serta perpaduan yang telah diasaskan oleh Rasullullah SAW selama ini seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut Aminuddin turut menyampaikan Anugerah Khas Pelajar Cemerlang kepada enam orang pelajar yang mendapat pangkat mumtaz dalam pengajian sarjana muda, diploma tahfiz dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Kesemua mereka menerima cek sejumlah RM2,000 bagi kategori ijazah sarjana muda, RM1,500 diploma tahfiz dan RM1,000 kepada pelajar STAM dan membawa pulang piala iringan serta sijil.

Kira-kira 1,000 tetamu hadir di majlis tersebut dan turut diadakan ceramah bertajuk ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ yang disampaikan oleh Panel Penggubal Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor. – BERNAMA

Tags: Aminuddin Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

06/02/2020
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kesal Pegawai MB N.Sembilan Hina Wartawan ‘Bingai’

25/04/2019
0

SEREMBAN - Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) kesal dengan kenyataan pembantu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggelarkan wartawan Sinar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd