• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Perlu Kreatif Tarik Golongan Muda

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Pengurusan masjid di Pahang perlu kreatif dalam mencari pendekatan untuk menarik golongan muda mengimarahkan masjid, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha.

Beliau berkata pendekatan itu perlu mengambil kira minat golongan berkenaan seperti aktiviti dan pertandingan sukan supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada program keagamaan.

“Kita perlu sedar bahawa aktiviti seperti sukan adalah trend atau cara yang sesuai menarik minat golongan muda ke masjid… semoga mereka akan terus ke masjid selepas selesa dengan pengurusan yang mesra golongan muda.

“Perkara ini juga sesuai dengan peranan masjid yang bukan hanya sebagai tempat beribadah, tetapi juga sebagai pusat pendidikan, riadah, bersukan dan tempat untuk umat Islam berhimpun,” katanya.

Syed Ahmad Fuad berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Program Mesra Masjid Peringkat Pahang 2018 di Jabatan Agama Islam Maran di sini, hari ini.

Pada progam itu, 126 remaja lelaki dari 14 daerah di Pahang menyertai pertandingan seperti futsal, mengalunkan azan, membaca talkin dan menyampaikan khutbah yang diadakan selama dua hari bermula semalam.

Syed Ahmad Fuad berkata pengisian program khusus kepada golongan muda juga membantu mereka untuk menghabiskan masa dengan aktiviti bermanfaat pada musim cuti sekolah, selain membantu mencungkil bakat baharu dalam bidang agama.

“Kita berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun akan datang… dan lebih baik jika dapat diperluaskan di peringkat daerah bagi memberi peluang lebih ramai anak muda menyertainya.

Ini juga satu cara untuk kita berdakwah dan supaya mereka rasa dialu-alukan untuk ke masjid,” katanya. – BERNAMA

Tags: golongan mudamasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menerima 11,077 ahli baharu hanya dalam tempoh empat hari pendaftaran keahlian secara dalam talian (online) dibuka...

Golongan Muda Diseru Sertai UMNO, Pendaftaran Keahlian Kini Secara ‘Online’

Golongan Muda Diseru Sertai UMNO, Pendaftaran Keahlian Kini Secara ‘Online’

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd