• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Digesa Tidak Hanya Berharap Kepada Derma

oleh Cj Mnh
14/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Semua masjid di Pahang digesa meningkatkan taraf ekonomi sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada derma dan bantuan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha berkata pelbagai cara boleh dilaksanakan dalam mengisi dana dan tidak seharusnya terikat dengan program kerohanian semata-mata.

“Pihak masjid boleh menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menjana pendapatan masjid dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh anggota kariah mereka.

“Tidak dinafikan program bersifat kerohanian penting untuk menjadi asas pembangunan ummah tetapi faktor lain seperti muamalat dan ekonomi turut memainkan peranan penting,” katanya.

Syed Ahmad Fuad berkata demikian pada Program Kemilau Masjid Gemilang Pahang di Masjid Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Beliau menambah kepimpinan masjid juga perlu merangka polisi dan rancangan yang jelas bagi memastikan usaha meningkatkan ekonomi masjid mereka berjalan lancar.

Usaha untuk meningkatkan ekonomi ini juga, menurut Syed Ahmad Fuad perlu dilakukan secara seimbang dan berhati-hati.

“Kita tidak mahu pihak masjid terlalu bergantung kepada bantuan semata-mata tetapi dalam masa sama kita tidak mahu berlebih dalam mencari wang.

“Kita juga tidak mahu terlalu mengejar program menjana keuntungan sehingga mengabaikan aspek kebajikan,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 35 masjid di seluruh negeri ini turut menerima anugerah Penarafan Masjid Gemilang Pahang atas pencapaian mereka. – BERNAMA

Tags: DERMAmasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd