• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maritim Tahan Kapal Nelayan China Di Perairan Pengerang

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal nelayan laut dalam yang berdaftar di Fuzhou, China, kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Pengerang dekat Kota Tinggi, semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Sedili Kapten (M) Mohd Zulfadli Nayan berkata kapal terbabit ditahan pada kira-kira 5 petang oleh kapal peronda APMM ketika ia berlabuh di perairan kira-kira 3.5 batu nautika timur laut Tanjung Penyusup, Pengerang.

“Pemeriksaan mendapati kapal tersebut gagal mengemukakan dokumen kebenaran memasuki perairan perikanan Malaysia, tiada kebenaran bersauh di samping dokumen-dokumen berkaitan kapal dan krunya juga tidak lengkap,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zulfadli berkata kapal bersama 10 kru warganegara China berusia antara 21 dan 53 tahun itu juga disyaki belayar dari China tanpa nakhoda.

Beliau berkata pemeriksaan juga mendapati tiada muatan ikan ditemui di atas kapal terbabit.

Katanya kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Tangkapan ini merupakan tangkapan keenam tahun ini bagi kes yang sama,” katanya sambil menyeru orang ramai supaya bekerjasama dengan pihaknya dengan menyalurkan maklumat jenayah dan kecemasan di talian 07-8916591 atau 999 yang beroperasi 24 jam. – BERNAMA

Tags: nelayan asingperairan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Pantau Perairan, Giat Kesan Tumpahan Minyak

Johor Pantau Perairan, Giat Kesan Tumpahan Minyak

21/10/2024
0

JOHOR BAHRU - Pemantauan di kawasan perairan sedang dilakukan bagi mengesan sebarang tumpuan minyak susulan kebocoran paip minyak di Pulau Bukom,...

Indonesia Sedia 12 Kapal Perang Kawal Perairan Semasa G20

Indonesia Sedia 12 Kapal Perang Kawal Perairan Semasa G20

29/09/2022
0

JAKARTA – Tentera Laut Indonesia (TNI) tmenyediakan 12 Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Sidang Kemuncak Kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd