• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teliti Langkah Myanmar Dalam Isu Rohingya

oleh Cj Mnh
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berpandangan proses dalaman Myanmar untuk menegakkan kedaulatan undang-undangnya sendiri berhubung isu etnik Rohinya sehingga kini dilihat tidak berjaya memberikan keadilan sewajarnya, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia terus meneliti langkah-langkah yang dikatakan diambil kerajaan Myanmar untuk menyiasat kes pelanggaran hak asasi manusia yang dilaporkan melibatkan negara berkenaan.

Justeru, katanya, Malaysia telah mencadangkan supaya isu penindasan etnik Rohingya dikemukakan kepada mana-mana mahkamah antarabangsa.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin menarik perhatian bahawa pada masa ini satu proses penyiasatan telah dimulakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

“Dalam hal ini, Malaysia berpandangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga berperanan untuk merujuk isu Rohingya kepada proses kehakiman antarabangsa, termasuk dalam menubuhkan tribunal antarabangsa dengan mandat khas,” katanya.

Namun, katanya, negara pemegang kuasa veto atau P5 dijangka tidak akan bersepakat berhubung perkara ini. Negara P5 terdiri daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Russia.

“Bagaimanapun, Malaysia akan terus menggembeleng tenaga dengan negara-negara yang sependirian untuk memastikan keadilan berpihak kepada etnik Rohingya,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) yang meminta kementerian menyatakan langkah serantau khusus melalui ASEAN untuk membawa pihak yang bertanggungjawab di Myanmar ke muka pengadilan antarabangsa akibat pembunuhan dan pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Sementara itu, Saifuddin berkata di bawah kerangka Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Malaysia terlibat aktif dalam perbincangan melibatkan isu Rohingya.

Katanya, Malaysia juga menyokong penuh resolusi PBB yang memberikan mandat kepada ‘Independent International Fact-Finding Mission on Myanmar’ untuk membuat penyiasatan ke atas perkara itu. – BERNAMA

Tags: MyanmarRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd