• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIS Sumbang RM2.2 Juta Kepada NGO-i Di Selangor

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyumbang RM2.2 juta kepada 81 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah majlis itu bertujuan memperkasakan dakwah dan membangunkan sahsiah umat Islam.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata kesemua NGO-i berkenaan menerima sumbangan antara RM10,000 hingga RM25,000 menerusi aktiviti dakwah yang dijalankan.

“Sumbangan keseluruhan RM2.2 juta ini merupakan fasa kedua sumbangan untuk tahun ini termasuk dana tambahan yang diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM1.5 juta. Jadi jumlah peruntukan keseluruhan daripada LZS bagi tahun ini sebanyak RM2.6 juta.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan dana itu di sini.

Antara NGO-i yang menerima sumbangan adalah Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS), Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor (SAHABAT) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Negeri Selangor (PEMADAM).

Mohammed Khusrin dalam pada itu berkata, peningkatan jumlah NGO-i yang berdaftar di bawah MAIS menunjukkan badan pertubuhan itu komited melaksanakan tanggungjawab menjaga dan memartabatkan kesucian agama Islam di Selangor.

“MAIS telah menetapkan had jumlah pendaftaran kepada 100 NGO-i sahaja bagi memudahkan memberi fokus kepada program yang lebih berkesan melibatkan isu ancaman akidah dan sosial umat Islam.

“Harapan saya pada tahun 2019, NGO-i yang telah menerima dana ini dapat menjalankan program untuk meningkatkan akidah masyarakat Islam dengan melaksanakan cara dakwah terbuka dan ceramah dengan kaedah yang kreatif serta proaktif,” katanya.

Pada majlis sama, MAIS turut menyampaikan sumbangan Geran Tahunan Rumah Kebajikan Perlindungan Anak Yatim berjumlah RM220,000 kepada 12 rumah anak yatim di Selangor. – BERNAMA

Tags: MAISsumbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

Agong, Raja Permaisuri Agong Beri Sumbangan Kepada Nor Nadia

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia prihatin terhadap nasib keluarga Allahyarham...

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

25/05/2025
0

IPOH - Waris dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd