• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Zafrul Beri Sumbangan Kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tengku Zafrul Beri Sumbangan Kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi sumbangan kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin.

Beliau yang juga pemantau kerusi Parlimen Pandan berkata, sumbangan itu sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti kebajikan persatuan berkenaan tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya berbesar hati menyampaikan sedikit sumbangan kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka dalam pendidikan moral, aktiviti kebajikan dan khidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau turut menulis pepatah bahasa Cina yang bermaksud perpaduan bukan sekadar slogan, ia lahir daripada sikap saling hormat dan saling membantu.

Terdahulu, Tengku Zafrul memaklumkan, beliau hadir ke Majlis Makan Tengahari sempena Hari Wesak anjuran Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin.

Menurutnya, majlis makan tengah hari bersama masyarakat setempat sempena sambtan Hari Wesak itu berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, kerajaan Selangor memberi banyak bantuan untuk rakyat negeri itu dan oermohonan boleh dibuat secara dalam talian.

“Tinggal ‘download’ saja contoh antara bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh golongan B40 termasuk program seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) bernilai RM300 sebulan.

“Ia untuk barangan keperluan asas, bantuan pendidikan, insentif usahawan kecil serta pelbagai skim kebajikan rakyat yang boleh disemak terus melalui platform Selangkah. Jangan lupa ‘download’,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tengku Zafrul

Tags: Penasihat Politik Kanan kepada Perdana MenteriPersatuan Pendidikan Buddha Jing XinsumbanganTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang 167,000 Pelitup Muka Untuk Kegunaan Warga Sekolah

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang 167,000 Pelitup Muka Untuk Kegunaan Warga Sekolah

26/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan sebanyak 167,000 keping pelitup muka kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)...

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Bakul Makanan, Muruku Kepada 400 Keluarga Sempena Deepavali

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Bakul Makanan, Muruku Kepada 400 Keluarga Sempena Deepavali

24/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 400 bakul makanan berserta set kuih tradisional muruku kepada 400 keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd