• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod Penghakiman Persetujuan Kes Saman Neelofa

oleh Cj Mnh
23/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini merekodkan penghakiman persetujuan kes saman fitnah dikemukakan pengacara dan pelakon popular Neelofa terhadap syarikat pengendali portal Oh My Media (OMM) selepas kedua-dua pihak menyelesaikan kes saman berkenaan secara baik.

Neelofa, 29, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mengemukakan saman terhadap OMM Sdn Bhd atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk dan Anugerah Ikon Wanita yang diterima pelakon berkenaan.

Peguam Amira Farhana Mohd Yasir yang bertindak bagi pihak Neelofa ketika ditemui pemberita berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman berkenaan berdasarkan terma-terma yang dipersetujui.

“Hakim tidak memerintahkan sebarang kos, kedua-dua pihak bersetuju untuk selesaikan kes ini secara baik dan penghakiman persetujuan telah pun direkodkan, bagaimanapun terma-terma penyelesaian tidak dapat didedahkan kepada media,” katanya.

Penghakiman persetujuan kes saman itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon Siew Chye.

Pada 24 Okt lepas, Neelofa dan OMM Sdn Bhd yang diwakili peguam Aiman Ariff Abdul Azij bersetuju untuk menyelesaikan kes saman itu secara baik melalui proses mediasi yang dijalankan di Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini.

Neelofa selaku plaintif memfailkan saman terhadap OMM Media selaku defendan pada September lepas, selepas mendakwa defendan telah mengeluarkan dan menyiarkan dua artikel berunsur fitnah terhadapnya di laman web www.ohmymedia.cc.

Dalam pernyataan tuntutan, Neelofa mendakwa penyiaran artikel bertarikh 5 Mac dan 11 April lepas, berhubung pelancaran koleksi tudungnya di Zouk dan juga membabitkan Anugerah Ikon Wanita, telah menyebabkan reputasinya tercemar.

Pelakon itu juga mendakwa artikel yang disiarkan antara lain membawa maksud bahawa beliau telah digugurkan daripada menerima penghargaan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia selain menggambarkan dirinya tidak berakhlak dan seorang yang hipokrit.

Neelofa mendakwa artikel berkenaan adalah tidak benar dan diterbitkan oleh defendan tanpa memberi peluang kepadanya untuk menafikan kenyataan-kenyataan di dalam artikel itu.

Neelofa turut menyaman Rotikaya atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya membabitkan isu sama. – BERNAMA

Tags: Neelofasaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd