• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tidak Dikenali Tetak Sepasang Suami Isteri

oleh
13/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri cedera akibat ditetak beberapa kali oleh seorang lelaki di rumah teres dua tingkat milik pasangan itu di Taman Kobena, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata kejadian berlaku pada 10 malam ketika mangsa berusia 67 tahun bersama isterinya 61 tahun berada dalam rumah berkenaan.

“Suspek dipercayai memanjat balkoni tingkat satu dan kemudian masuk ke dalam rumah lalu mengambil pisau pemotong daging di dapur dan kemudian mencederakan kedua-duanya.

“Selepas itu, suspek, yang hanya memakai seluar dalam dan penutup muka itu, melarikan diri melalui pintu grill bahagian dapur yang dibuka dengan menggunakan kunci. Tiada sebarang kesan umpil atau pecah masuk dan juga kesan selongkar pada mana-mana bahagian rumah itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang cedera di tangan dan kepala susulan kejadian, kini dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan susulan di hospital berdekatan.

Kes disiasat mengikut Sesyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. – BERNAMA

Video di bawah bukan kejadian di atas

Tags: kes tetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

25/10/2025
0

TUMPAT: "Saya terdengar suara mengerang kesakitan dari luar rumah sebelum keluar dan sangat terkejut melihat anak dalam keadaan berlumuran darah,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd