• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bakar Ibu Mertua Sebelum Rentung

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Lelaki yang rentung dalam kebakaran rumahnya semalam dipercayai bertindak menyimpah petrol dan membakar ibu mertuanya sebelum kediamannya di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini turut musnah dalam kebakaran.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintenden Shafee Abdul Samad berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan polis mendapati lelaki berusia 52 tahun itu bertindak sedemikian ketika dalam keadaan marah dan mabuk pada pukul 6.19 petang semalam.

“Lelaki itu yang berada di tingkat atas rumah turun ke bawah dan telah marah serta memaki hamun isterinya yang berada sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama anak perempuan dan ibu mertua suspek.

“Suspek telah keluar dari rumah dan pergi ke bahagian hadapan rumah serta mengambil satu botol yang mengandungi petrol sebelum masuk semula ke dalam kediamannya serta terus pergi ke arah ibu mertuanya dan menyimpah petrol ke badan wanita itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, petrol itu turut terkena baju, tangan dan kaki isterinya manakala lelaki berkenaan bertindak mengambil pemetik api dan menyalakan di sekeping kertas sebelum menghalakan ke arah ibu mertuanya.

Shafee berkata, api itu menyambar ibu mertuanya, Aganasi Mary, 69, dan menyebabkan isteri suspek menjerit serta terus bertindak membawa wanita berkenaan ke dalam tandas bagi memadamkan api di badan mangsa.

Katanya, isteri lelaki itu telah terdengar bunyi letupan di bahagian ruang tamu dan asap penuh di dalam rumah mereka sebelum dia bertindak membawa ibu dan anak perempuannya keluar menggunakan pintu dapur.

“Ibu mertua suspek yang mengalami melecur 90 peratus telah dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya ke Hospital Pulau Pinang kerana dalam keadaan kritikil,” katanya.

Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemui oleh pihak bomba dalam keadaan rentung dan terbaring di tingkat atas dan dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.

Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Ibu Mertuakebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd