• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 20 Rumah Di Jerlun Rosak Teruk Akibat Dilanda Ribut

oleh Ahmad Albab
12/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERLUN – Lebih 20 rumah di beberapa kampung di Ayer Hitam dekat sini rosak teruk akibat dilanda ribut kira-kira 7.30 malam semalam.

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Matang Paku, Kampung Matang Bonglai, Kampung Pida 7 dan Kampung Pida 8.

Menurut penduduk, Afeqah Muhamad, 24, kejadian kali kedua berlaku sejak 24 tahun lalu itu menyebabkan kebanyakan bumbung rumah diterbangkan angin serta merosakkan sebahagian siling dan dinding rumah.

“Angin cukup kuat menyebabkan keseluruhan bumbung bahagian dapur rumah saya jatuh menimpa meja makan dan perkakasan elektrik dapur. Ketika itu saya di dalam bilik air dan sempat lari keluar ke ruang tamu bersama empat ahli keluarga lain.

“Ketika di ruang tamu kami menjerit dan melaungkan azan sebelum bumbung di ruang tamu pula tercabut dan diterbangkan angin, kami cuba keluar selamatkan diri, namun tak berani takut ditimpa bumbung garaj di luar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Ariff Yusof, 25 pula berkata, kejadian itu menyebabkan sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin sejauh lebih 30 meter ke dalam kawasan sawah berhampiran kediamannya.

“Angin sangat kuat sampai tingkap rumah saya yang dikunci boleh tercabut sebelum bunyi macam letupan kuat di bumbung, kami sedar bumbung diterbangkan angin apabila hujan mencurah-curah masuk ke dalam rumah dan merosakkan keseluruhan perabot serta barangan elektrik,” katanya.

Katanya, walaupun kejadian mencemaskan itu berlaku hanya tiga minit, ibunya Noraini Bakar, 55, mengalami trauma dan mengambil keputusan menumpang di rumah saudara-mara terdekat buat masa ini.

Sementara itu, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Aziz Mahamud melawat rumah-rumah penduduk yang terjejas dan menyampaikan bantuan awal berupa wang tunai sebanyak RM200 kepada setiap keluarga.

Katanya, pelbagai agensi dan jabatan kerajaan seperti Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta penduduk turut bergotong-royong membantu membersihkan kawasan rumah penduduk yang terjejas.

“Bantuan berupa bahan binaan sebanyak RM5,000 daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) akan diberikan selepas ini bagi meringankan beban penduduk serta membolehkan mereka membaik pulih rumah masing-masing,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: ributRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd