• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Tawar Diskaun Tambang ETS Sehingga 50%

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang murah sebanyak 50 peratus dan 25 peratus untuk Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bermula 1 November hingga 31 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata bagi promosi diskaun tambang murah, 50 peratus diberikan kepada laluan Kuala Lumpur Sentral-Gemas-KL Sentral dan Sungai Petani-Padang Besar-Sungai Petani bagi perjalanan pada hari Isnin hingga Khamis.

“Bagi promosi diskaun tambah murah 25 peratus, promosi adalah untuk ke mana-mana destinasi laluan tren ETS yang sedia ada bagi perjalanan pada hari Selasa dan Rabu.

“Pembelian tiket boleh dibuat di kaunter-kaunter KTMB sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Rani berkata promosi hebat itu sebagai tanda penghargaan kepada penumpang setia ETS di samping menggalakkan lebih ramai penumpang merasai pengalaman menaiki tren KTMB.

Beliau berkata, pihaknya akan melanjutkan promosi kadar tambang murah itu sehingga ke tarikh tertentu jika sambutan terhadap promosi ini menggalakkan.

“Pada 2019, melalui inisiatif menggalakkan penggunaan pengangkutan awam oleh pihak kerajaan, perancangan menaik taraf perkhidmatan ETS dengan konsep lebih menarik akan diperkenalkan dan dilaksanakan,” katanya.

Katanya perkhidmatan yang diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 mempunyai 16 perkhidmatan sehari bagi laluan perjalanan antara Kuala Lumpur – Ipoh dengan purata jumlah penumpang adalah seramai 1,500 orang sehari.

“Kini, ETS telah berkembang dengan memberi lebih banyak pilihan laluan perjalanan di antara Sektor Selatan dan Sektor Utara, iaitu 36 perkhidmatan sehari dengan purata jumlah penumpang 12,000 orang sehari,” katanya. – BERNAMA

Tags: ETSKTMB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Mohon Maaf Perkhidmatan ETS dan KTM Terganggu, Telah Kembali Pulih

KTMB Mohon Maaf Perkhidmatan ETS dan KTM Terganggu, Telah Kembali Pulih

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf kepada penumpang susulan gangguan yang menjejaskan perkhidmatan ETS dan KTM...

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Rakyat Johor menikmati satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang lebih pantas dengan perkhidmatan ETS bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd