• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Kaji Skim Sarapan Percuma Anak Keluarga B40

oleh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji untuk menyediakan skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak dari keluarga B40, kata Menteri Pendidikan Datuk Dr Maszlee Malik.

Beliau yang berada di Jepun mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dalam lawatan kerja tiga hari ke negara matahari terbit berkata, kajian berkenaan merupakan hasil lawatan beliau ke sekolah awam Itabashi Daiichi Elementary School yang terletak Itabashi-ku, Tokyo, Isnin.

“Lawatan hampir tiga jam itu memberi peluang untuk mengetahui sendiri kaedah pembelajaran yang melahirkan generasi yang mempunyai karakter yang baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Maszlee, KPM juga berhasrat untuk memupuk budaya kebersihan dan disiplin dari peringkat tadika sehingga peringkat pendidikan tinggi.

Beliau turut mengadakan lawatan ke Itabashi City Hall di mana Datuk Bandarnya, Takeshi Sakamoto melahirkan hasrat untuk mengadakan bandar berkembar selain mengeratkan kerjasama dalam bidang pelancongan dan pendidikan.

“Datuk Bandar Itabashi City Hall juga berhasrat menaja pelajar-pelajar Jepun untuk tinggal bersama keluarga angkat di Malaysia dan merasai pengalaman unik di Malaysia,” katanya lagi.

Maszlee berkata pertemuan beliau dengan Menteri Pendidikan, Budaya, Sains dan Teknologi Jepun, Masahiko Shibayama di Tokyo, Selasa, menyentuh isu penubuhan kampus cawangan di Malaysia.

Tiga universiti di Jepun iaitu University of Tsukuba, Nippon Designers School dan Ritsumeikan Asia Pacific University menzahirkan rancangan penubuhan kampus cawangan di Malaysia, katanya lagi.

“Operasi Nippon Designers School dijangka bermula tahun 2019. University of Tsukuba dijangka memulakan operasi pada tahun 2020 jika semua perancangan berjalan lancar,” tambah beliau.

Sehubungan itu kata Maszlee, KPM memulakan langkah memberi sokongan dari aspek pencarian lokasi, memudah cara proses permohonan penubuhan, pendaftaran dan piawaian serta dalam soal pengambilan penuntut.

KPM memberikan komitmen dan sokongan padu bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri agar universiti-universiti Jepun menubuhkan kampus cawangan mereka di Malaysia, jelas beliau.

Perdana Menteri ketika berucap pada majlis penganugerahan ijazah kehormat daripada University of Tsukuba di kampus universiti itu di Tokyo Isnin berkata, beliau ingin melihat universiti Jepun mewujudkan kampus cawangan di Malaysia bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia bukan sahaja didedahkan kepada sistem pendidikan negara itu, tetapi turut mempelajari budayanya. – BERNAMA

Tags: Maszlee Malik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Hasni Mohammad dalam Parlimen Simpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd