• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Elektrik Tinggi Antara Cabaran Sabah Tarik Pelabur

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kos elektrik, bekalan air dan logistik merupakan antara cabaran dihadapi Sabah untuk menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Wilfred Madius Tangau.

Madius berkata, meskipun kehadiran pelabur, terutama dari China meningkat, namun, ketiga-tiga aspek itu perlu sentiasa dititik beratkan kerana ia sangat penting ke arah pembangunan industri lebih mapan pada masa akan datang.

Mengambil contoh kos bekalan elektrik, Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian negeri berkata, Sabah bersaing dengan Sarawak yang menawarkan harga pada kadar serendah RM0.09 sekilowatt jam hingga RM0.15 sekilowatt jam.

“Bagi Sabah, seperti mana ditaklimatkan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), kos utiliti adalah kira-kira RM0.40 sekilowatt jam, dan apabila dibekalkan kepada pengguna tidak kira residen, industri atau komersil pada harga RM0.34 sekilowatt jam.

“Ini sangat kritikal dan pelabur datang ke Sabah meminta kos utiliti itu dikurangkan serendah RM0.10 dan paling tinggi RM0.20,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Limus Jury (UPKO-Kuala Penyu) yang ingin tahu sejauh mana kerajaan negeri menarik minat pelabur ke Sabah, terutama dalam program Satu Daerah Satu Industri.

Madius berkata, masalah bekalan air juga menjadi cabaran bagi Sabah dan ini dapat dibuktikan apabila Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu sehingga pada satu tahap bekalan air dihantar menggunakan lori ke kilang terbabit.

Mengenai logistik, Madius berkata, ada beberapa pelabur China, terutama dalam pembuatan kaca ditawarkan beroperasi di Taman Perindustrian Minyak dan Gas, Sipitang, namun, disebabkan masalah logistik, pelabur terbabit lebih berminat ditempatkan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Madius turut menghargai usaha Kabinet Sabah meluluskan pelabuhan Lahad Datu dan diisytiharkan sebagai tempat pendaratan sah dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan beroperasi 24 jam.

“Kita juga berharap Lembaga Pelabuhan Sabah dapat memberi lesen kepada POIC dan dengan ini kita berharap akan dapat menarik pelabur pada masa depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kos elektrikPelabur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

30/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan Google berjumlah AS$2 bilion (RM9.4 bilion) menjadi bukti kepada perencanaan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd