• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koon Yew Yin Penyuntik Dana PH?

oleh
07/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Koon Yew Yin tidak berhak sewenang-wenangnya menghina institusi Kesultanan Perak walaupun beliau merupakan penyuntik dana politik kepada Pakatan Harapan (PH).

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Akmal Kamarudin berkata, dakwaan Yew Yin mengaitkan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dengan amalan rasuah pengurniaan darjah kebesaran amat biadap.

“Tindakan Yew Yin dilihat sengaja membangkitkan rasa kebencian kepada rakyat terhadap sultan malahan seolah mencabar kontrak sosial yang telah dimeterai dalam Perlembagaan Malaysia.

“Pemuda PAS Perak bersetuju khidmat Yew Yin menganggotai Majlis Penasihat Ekonomi Negeri tidak diteruskan. Walaupun Yew Yin penyuntik dana politik dalam PH, namun ia bukanlah membolehkan beliau mengatakan sewenangnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akmal berkata, Pemuda PAS Perak menggesa Yew Yin segera menyembah permohonan ampun kepada Sultan Perak dan keluarga Di-Raja Perak dan membuat permohonan maaf kepada rakyat dalam tempoh 24 jam.

Katanya, semua pihak diseru membuat laporan polis sekiranya Yew Yin enggan memohon ampun dan meminta maaf

Yew Yin dilaporkan menuduh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah campur tangan dalam penyingkirannya sebagai Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak. – Mynewshub.tv

Tags: Mohd Akmal Kamarudin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perjuangan Demokrasi Suu Kyi Cuma Satu Sandiwara

23/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Kemenangan penerima Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi dalam pilihan raya Myanmar dengan 'tagline' demokrasi sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd