• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjuangan Demokrasi Suu Kyi Cuma Satu Sandiwara

oleh AK-47
23/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemenangan penerima Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi dalam pilihan raya Myanmar dengan ‘tagline’ demokrasi sebelum ini hanya sandiwara semata-mata.

Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, anugerah Nobel Keamanan wajib ditarik kembali daripada Suu Kyi kerana tidak bersuara dalam kekejaman ke atas umat Islam Rohingya di negaranya.

“Rakhine menjadi saksi pembataian berterusan tentera Myanmar terhadap etnik minoriti beragama Islam Rohingya. Pembunuhan tanpa penentangan, runtuhan masjid, pembakaran kampung, wanita dirogol dan penangkapan kanak-kanak juga warga tua.

“Kemenangan Suu Kyi dalam pilihan raya Myanmar dengan ‘tagline’ demokrasi hanya sandiwara. Malah Anugerah Nobel Keamanan wajib ditarik kembali daripada beliau. Dimana perjuangan keamanan dan demokrasi beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Akmal berkata, Pemuda PAS Perak meminta kerajaan Malaysia membawa suara majoriti umat Islam di Malaysia kepada dunia supaya etniik Rohingya di berikan pembelaan dan keadilan sewajarnya.

Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan Perak bersedia menerima pelarian etnik Rohingya untuk ditempatkan sementara bagi menjamin keselamatan mereka atas nama kemanusiaan.

“Perak merupakan negeri yang sangat luas. Masih boleh lagi dibangunkan satu kawasan contohnya seperti di Pulau Sembilan berhampiran Bagan Datoh untuk menempatkan mereka,” katanya.

Suu Kyi antara tokoh hak asasi dan keadilan yang sering dipuji, dijulang dan diperkatakan oleh pemimpin pembangkang di Malaysia sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Aung San Suu KyiMohd Akmal KamarudinMyanmarPASRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd