• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Bukan Ancaman Tetapi Aset

oleh Ahmad Albab
23/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI saat Najib belum lagi didakwa atas kesalahan 1MDB, KJ terus memanaskan isu 1MDB sebagai punca BN kalah PRU ke 14. Motifnya jelas, iaitu untuk menyalahkan Najib seorang sahaja. KJ secara automatik sudah menjadi aset kepada PH.

Mudah cerita, pada KJ ia kesalahan individu bukan kolektif. Memahami KJ dia memang tidak ada spirit “collective responsibility”. Sebab itu apabila seluruh MP BN keluar Dewan kerana memprotes perlantikan Speaker Dewan Rakyat, KJ duduk membatu di dalam dewan .

Malang sekali KJ menggunakan tindakan DOJ Amerika sebagai asas untuk mengatakan Najib bersalah. Sebenarnya KJ lebih advance daripada AG dan Hakim yang belum mendakwa apatah lagi menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib dalam isu 1MDB.

Hingga ke hari ini 1MDB tetap mengatakan tiada duit syarikat yang hilang atau dicuri. Kalau ada pihak yang menipu syarikat atau bank yang ada urusan dengan 1MDB seperti IPIC dan Goldman Sachs itu adalah masalah mereka dengan IPIC dan Goldman Sachs. Sebab itu 1MDB tidak pernah disiasat atau dipanggil oleh DOJ.

Berbalik kepada pendirian KJ, apakah beliau boleh terima kenyataan bahawa punca kejatuhan BN sebenarnya bermula dari zaman Pak Lah lagi? Ketika itu “Budak Tingkat 4” (termasuk KJ) cukup berkuasa. Apakah KJ mahu mengatakan itu adalah Persepsi. Silap, itulah adalah realiti.

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

Contoh, bagaimana bekas MB Johor TS Abd Ghani Othman diarah mengadap Datuk Ahmad Zaki Zahid (budak tingkat 4) untuk mendengar taklimat pelaksanaan projek Koridor Selatan (Iskandar Malaysia). Bayangkan, seorang MB diarah mengadap budak mentah yang bukan pun CEO atau KSU.

Cerita budak tingkat 4 menguasai PMO menjadi bahan kempen untuk menjatuhkan Pak Lah. Dan terbukti pada PRU ke 12 (2008) BN kehilangan 4 negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain gagal menawan balik Kelantan.

Bukan itu sahaja BN juga hilang majoriti 2/3. Selangor dan Pulau Pinang tidak pernah dapat ditawan semula kecuali Perak dan Kedah di PRU ke 13. Maka punca sebenar kekalahan UMNO bermula dari zaman “Budak Tingkat 4” di mana KJ adalah seorang darinya.

Semoga KJ tidak mengamalkan “Denial Syndromes”. Itulah realiti. Kisah budak tingkat 4 adalah bahan kempen kepada Tun M untuk menjatuhkan Pak Lah tetapi implikasi buruknya kepada UMNO. Sudikah KJ menerima realiti ini.

Kalau politik baru adalah pencarian KJ, maka dia perlu tinggalkan politik “Populist” seperti stokin merah dan sebagainya. Politik “Populist” sudah tidak relevan di saat UMNO kalah. Yang diperlukan ialah team spirit, collective responsibility, berjamaah, patuh kepada arahan ketua, musyawarah dan menggunakan kaedah maslahah.

Politik populist tiada substance. Penuh keegoan dan artificial. Apakah KJ sanggup diuji sebagaimana Najib diuji dengan 38 pertuduhan dan banyak lagi.

Tetapi KJ tidak perlu gusar. Dia bukan lagi ancaman kepada Tun M. Dia sudah menjadi aset. Maka mana mungkin nasibnya akan sama dengan Najib iaitu menerima pulohan dakwaan.

Mohd Puad Zarkashi
22.11.2018

Tags: Khairy JamaluddinUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd