KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Beliau menegaskan perkara itu susulan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan di Konvensyen PH 2026 di Johor hari ini.
Aminolhuda dalam ucapannya menegaskan PH Johor mahu menguburkan BN di negeri itu yang merupakan tempat kelahiran UMNO.
“Alang-alang nak kuburkan UMNO, rasanya dah sampai masa juga UMNO keluar saja dari Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Terdahulu, Akmal menyindir PH Johor ‘meroyan’ apabila BN Johor mengumumkan akan bertanding semua Kerusi DUN Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)
Kata beliau, PH Johor sepatutnya bergembira kerana kamu boleh bertanding di banyak kerusi seperti yang diidamkan.
“Nak kuburkan UMNO? Kita jangan melebihi kuasa Allah. Biar rakyat yang buat keputusan, kita berusaha dan serahkan pada Allah,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info: Akaun Media Sosial Akmal Saleh


