• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasih Sayang Ibu Bagai ‘Memujuk’ Mayat Adik Timbul

oleh Cj Mnh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Naluri dan kasih sayang ibu akhirnya menjadi penamat kepada penantian dan pencarian mayat konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, yang terjatuh ke dalam Sungai Paka bersama suspek yang dikejarnya dalam kejadian pada 9 November lepas.

Perkara itu dinyatakan kakak mangsa Wan Suraya Wan Yahya, 32, selepas mayat adiknya itu ditemui kira-kira pukul 12.25 tengah hari ini.

Bagi mereka sekeluarga kesungguhan ibunya, Wan Yah Wan Yaakub, 52, untuk ke kawasan kejadian meskipun mengalami penyakit buah pinggang kronik bagaikan ‘memujuk’ anaknya timbul di permukaan sungai, empat hari selepas mayat suspek yang dikejarnya ditemui.

“Ibu sebenarnya tidak boleh duduk bagi tempoh yang lama, apatah lagi untuk perjalanan jauh. Namun, disebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan sebelum ini masih tidak berhasil, ibu mengambil keputusan untuk datang juga ke lokasi pencarian adik di Kampung Durian Mentangau hari ini.

“Ibu bertolak selepas subuh dari Pasir Mas, Kelantan dengan menaiki ambulans yang disewa khas. Namun belum pun ibu sampai di lokasi, mayat adik akhirnya timbul,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Dungun di sini, hari ini.

Sebelum ini, arwah Wan Mohd Arif sering mengajak ibu ke Paka untuk melihat rumah dan tempat kerjanya, namun permintaan itu tidak dapat dipenuhi kerana masalah kesihatan ibu, katanya.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, Wan Mohamad Arif bersama tiga lagi rakannya yang sedang mengejar suspek dikenali sebagai Zam Ayam di tebing sungai, tergelincir dan terjatuh ke Sungai Paka. Mayat suspek ditemui pukul 11.30 pagi Isnin lepas, 300 meter dari lokasi kejadian.

Sementara itu, isteri anggota polis itu, Sharifah Murni Sayed Ab Aziz, 27, berkata beliau lega kerana jasad suaminya berjaya ditemui setelah menanti sejak lapan hari.

“Jasad arwah ditemui dalam keadaan sempurna tanpa cacat cela dan dua tangannya berada di atas perut seperti sedang menunaikan solat.

“Selepas disembahyangkan, jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Padang Embong di Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan,” katanya yang tinggal di Kuala Terengganu kerana masih menuntut di Kolej Jururawat. – BERNAMA

Tags: MayatSungai Paka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd