• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah: Rosmah, Ku Nan, Rizal, Tan Bayar Wang Jamin

oleh
15/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor yang didakwa atas tuduhan rasuah hari ini membayar separuh wang jaminan daripada jumlah RM1 juta.

Hasil semakan di kaunter bayaran jamin di bangunan Kompleks Mahkamah di sini, mendapati Rosmah dan Rizal masing-masing membayar RM500,000 dengan ditemani keluarga dan peguam kira-kira 4.30 petang.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan baki jumlah jaminan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari bagi Rosmah manakala Rizal perlu menjelaskan selewat-lewatnya pada 22 Nov.

Gelagat Rosmah mendapat perhatian media apabila beramah mesra dengan seorang daripada kakitangan bank yang hamil dan dia juga mengusap perut wanita itu, selepas selesai membayar wang jaminan.

Rosmah bertanya sama ada bayi yang dikandung wanita itu perempuan dan wanita itu berkata “Insya-Allah perempuan” dan Rosmah sambil berseloroh berkata “ikut muka (anak) macam saya ya,” yang kemudiannya disambut dengan gelak ketawa daripada orang awam.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga membayar wang jaminan RM1 juta sekali gus.

Turut mendapat perhatian media, ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon yang didakwa atas pertuduhan memberi rasuah selepas kehadirannya gagal dirakam, namun kira-kira 5 petang, beliau muncul di kaunter bayaran jamin dengan barisan peguamnya.

Tan juga membayar wang jaminan RM700,000 sekali gus. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd