• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Denggi Di Kedah Meningkat

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jumlah kes demam denggi di Kedah dari Januari hingga 10 November lepas meningkat 28.5 peratus kepada 1,706 kes berbanding 1,328 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, Langkawi antara lapan daerah yang menunjukkan peningkatan ketara dengan 223 kes berbanding 32 kes dicatatkan sebelum ini.

Katanya, daerah Kota Setar mencatatkan 213 kes berbanding 127 kes sebelum ini, Pendang 115 kes (berbanding 32 kes), Kuala Muda 423 kes (berbanding 366 kes), Baling 163 kes (berbanding 118 kes), Kubang Pasu 116 kes (berbanding 87 kes), Yan 31 kes (berbanding 11 kes) dan Padang Terap dengan 85 kes (berbanding 69 kes).

“Terdapat juga beberapa daerah yang menunjukkan penurunan kes seperti Kulim dengan 239 kes berbanding sebelum ini 369 kes, Sik 83 kes (berbanding 101 kes) dan Bandar Baharu 15 kes (berbanding 16 kes),” katanya kepada pemberita pada Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 peringkat negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr Norhizan berkata, sebanyak tujuh kes kematian dicatatkan dengan daerah Kuala Muda mencatatkan kematian tertinggi iaitu empat kes, manakala masing-masing satu kes di Kubang Pasu, Kota Setar dan Langkawi.

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 398,328 premis di seluruh negeri dan didapati sebanyak 9,438 premis mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.

“Kita juga mengeluarkan sebanyak 3,756 kompaun dengan nilai lebih RM1.813 juta di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan sebanyak 832 Notis Seksyen 8 dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes.

“Sebanyak 534,700 premis juga dibuat semburan untuk membunuh nyamuk dan sebanyak 103,611 premis telah dilakukan ‘larviciding’ bagi memusnahkan jentik-jentik,” katanya.

Beliau berkata aktiviti pendidikan kesihatan juga giat dilakukan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya denggi.

Katanya, masyarakat diminta agar meningkatkan tahap kebersihan persekitaran di rumah kerana jumlah kes akan terus meningkat ekoran musim hujan dijangka berlaku di negeri ini. – BERNAMA

Tags: demam denggiKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd