• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sabah Lancar Program Bebas Sampah

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Kerajaan negeri hari melancarkan program “Sabah Bebas Sampah” dalam usaha memupuk kesedaran tentang aspek menjaga kebersihan di kalangan masyarakat disamping menunjukkan bahawa kerajaan negeri memandang serius terhadap tahap kebersihan di semua daerah di negeri ini.

Pelancaran program perintis itu di sini disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Pemilihan daerah itu untuk pelancaran program adalah sejajar dengan perhatian yang diberikan oleh Mohd Shafie yang tidak berpuas hati terhadap tahap kebersihan di daerah itu.

Dalam ucapannya beliau Shafie yang juga juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Senallang berkata pada masa sekarang sampah sarap ada di merata tempat sama ada di darat atau lautan di daerah ini.

Katanya penduduk daerah ini harus bertanggungjawab terhadap masalah kebersihan yang dihadapi di daerah ini.

“Sebagai daerah yang punya tarikan pelancongan berasaskan alam semulajadi dan marin, masyarakat memainkan peranan penting untuk tidak membuang sampah di merata tempat termasuk di kawasan kampung mereka.

“Saya tidak mahu Semporna dikenali sebagai daerah yang kotor tetapi sebagai daerah yang terkenal dengan tarikan pelancongan,” katanya.

Justeru, beliau mahu Majlis Daerah Semporna menjadikan tahap kebersihan di daerah ini sebagai Indeks Pencapaian Utama dan dipantau sendiri oleh Pegawai Daerah Blanus Kontong.

Mohd Shafie berkata selepas Semporna, program itu akan diperluaskan di daerah lain di negeri ini bagi memastikan masalah kebersihan tidak menjejaskan sektor pelancongan. – BERNAMA

Tags: kebersihankerajaan negeri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negeri Sembilan Tidak Ada Masalah Dengan Kuil – MB Aminuddin

Negeri Sembilan Tidak Ada Masalah Dengan Kuil – MB Aminuddin

24/07/2026
0

PAROI - Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah dengan rumah ibadat bukan Islam termasuk...

Rakyat Negeri Sembilan Pun Cuma Dapat Subsidi 200 Liter Sebulan

Rakyat Negeri Sembilan Pun Cuma Dapat Subsidi 200 Liter Sebulan

24/07/2026
0

SEREMBAN – Rakyat Negeri Sembilan diingatkan mereka tidak terkecuali daripada penyelarasan kuota subsidi petrol RON95 yang telah dikurangkan daripada 300...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd