Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

SPR Terima Pemakluman Rasmi...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi...

Jutawan Gantung Diri Selepas...

SEORANG jutawan membunuh diri selepas menyesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.Beberapa...

Perkhidmatan ETS Utara-Selatan Beroperasi...

IPOH - Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) laluan utara-selatan yang terjejas ekoran kejadian tren...

Masuk Hospital Akibat ‘Berseronok’...

SEORANG penagih porno berdepan detik memalukan apabila terpaksa menjalani pembedahan selepas batang ubi...

Kerajaan Sabah Digesa Realisasi Kota Belud Sebagai Jelapang Padi

KOTA KINABALU – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah digesa agar meneruskan usaha merealisasikan Kota Belud sebagai Jelapang Padi Sabah.

Datuk Japlin Akim (UMNO-Usukan) berkata usaha itu penting untuk diteruskan bagi membolehkan kerajaan negeri menambah pendapatan dan membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat, khususnya golongan petani dan pesawah.

“Saya amat berharap kerajaan baharu ini akan terus komited membela nasib petani dengan terus memberi bantuan dan kemudahan kepada para petani terutama yang terlibat dalam pelaksanaan projek Jelapang Padi Sabah ini.

“Daerah Kota Belud merupakan kawasan tanaman padi yang paling luas di negeri Sabah yang seluas 10,000 hektar tanah sawah tersedia untuk diusahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.


Japlin juga berharap bantuan elaun kepada golongan nelayan yang diberikan oleh kerajaan pusat terdahulu diteruskan.

“Jika kerajaan pusat benar-benar menghentikan elaun tersebut, saya berharap kerajaan negeri akan meneruskan bantuan itu dengan dana dan pembiayaan daripada tabung kerajaan negeri sendiri,” katanya. – BERNAMA

Kategori