• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30 Terperangkap Akibat Fenomena Kepala Air

oleh Mohd Arshad
18/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
30 Terperangkap Akibat Fenomena Kepala Air
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD: Seramai 30 individu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian banjir di pusat pelancongan Kampung Kaung Malaan, di sini, petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kawasan berkenaan dilaporkan tiba-tiba dinaiki air berikutan kejadian kepala air akibat hujan lebat.

Difahamkan, semua mangsa membabitkan 20 pengunjung dan 10 kakitangan pusat pelancongan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.46 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Semua mangsa terperangkap berpindah ke tempat yang selamat sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Pasukan Bomba terus bertindak memastikan semua mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Katanya, pasukan bomba turut melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada mangsa lain, sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.22 petang.

BHonline-

Tags: fenomena kepala airKota Beludterperangkap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

19 Individu Terperangkap Di Risda Eco Park Diselamatkan Hari Ini

19 Individu Terperangkap Di Risda Eco Park Diselamatkan Hari Ini

24/08/2024
0

Sembilan belas individu yang terperangkap akibat kejadian kepala air di pusat peranginan Risda Eco Park Resort di Kampung Ulu Slim,...

Dua Rakan Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

Dua Rakan Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

20/08/2024
0

Dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terperangkap di dalam lif pangsapuri selama sembilan jam di Desa Petaling, Cheras semalam sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd