Sample Page Title

DALAM Bajet 2019, Kerajaan PH mengurangkan peruntukan untuk sektor Pendidikan sebanyak RM1.4 bilion, iaitu daripada RM61.6 bilion dalam Bajet 2018 kepada RM60.2 bilion dalam Bajet 2019.

Ini amat mendukacitakan. Sepatutnya meningkat apatah lagi dalam usaha menyamaratakan padang permainan atau “level playing field” khususnya antara bandar dan pedalaman serta antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Paling terjejas ialah peruntukan untuk menaik taraf dan membina baru sekolah sekolah daif di kawasan pedalaman. Dalam Bajet 2018 sebanyak RM2.5 bilion disediakan iaitu RM500 juta untuk sekolah daif di Semenanjung dan masing masing RM1 bilion untuk sekolah daif di Sabah dan Sarawak.

Malangnya dalam Bajet 2019 hanya RM100 juta sahaja disediakan untuk sekolah daif. Ini amat teruk.

Kalau pun mahu dibandingkan dengan Bajet 2017, sebanyak RM570 Juta diperuntukkan untuk sekolah daif iaitu 60 buah di Semenanjung, 30 di Sabah dan 30 di Sarawak.

Justeru bagaimana kesaksamaan boleh tercapai seperti yang digembar gemburkan oleh Kerajaan PH.

Mungkin Lim Guan Eng tidak tahu tentang kewujudan sekolah daif di pedalaman kerana terlalu sibuk memperjuangan SJKC sahaja. Begitu juga Dr Maszlee Malek dia perlu sekali sekala turun melawat ke sekolah pedalaman terutamanya sekolah kategori P3 (paling jauh dan daif).

Saya sedang menyiapkan buku “Kembara Sekolah Pedalaman” termasuk pengalaman berjalan kaki 8 jam untuk sampai ke SK Saliliran di Nabawan Sabah. Akan saya hadiahkan satu salinan kepada Lim Guan Eng dan Dr. Maszlee.

Mohd Puad Zarkashi
2.11.2018

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...