• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perluaskan Dana Kesihatan Nasional B40

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan akan memperluaskan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isu rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) kepada 36 jenis penyakit kritikal utama.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata skim yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari tahun depan akan memberikan perlindungan kepada golongan B40 yang sakit dan dimasukkan ke wad Hospital Kerajaan.

Menurutnya, dalam pengumuman Belanjawan 2019, skim ini hanya melibatkan empat jenis penyakit kritikal utama tetapi kini akan diperluaskan kepada 36 jenis penyakit kritikal utama.

“Sekiranya mereka (B40) dimasukkan ke wad hospital kerajaan tetapi tidak mampu membuat bayaran, mereka boleh memohon untuk mendapatkan bayaran untuk tempoh maksimum selama 14 hari pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata skim ini akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dimana pemohonan akan di buat secara dalam talian . — LAGI

“Setakat ini, BNM sedang menguruskan laman web untuk pemohon sebelum pelaksanaan 1 Januari tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Lim berkata kerajaan juga akan menaikkan harga siling getah ke RM2.50 sekilogram daripada RM2.20 sekarang sebagai bantuan kepada para penoreh menghadapi harga komoditi pasaran antarabangsa yang semakin menurun.

“Berikutan kejatuhan harga getah, pendapatan para penoreh getah telah terjejas dan penetapan harga lantai ini akan mampu sedikit sebanyak membantu mereka,” katanya.

Tambahnya, harga subsidi padi juga akan di naikkan kepada RM360 setan daripada RM300 setan sekarang.

Dalam perkembangan lain, Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan memberi amaran kepada pemimpin MCA agar tidak bermain isu politik dalam hal pendidikan.

Katanya, tindakan MCA yang bercadang untuk menaikkan kadar yuran di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) berikutan kekurangan dana daripada kerajaan bukan langkah yang bijak.

“Saya ingin memberi amaran kepada mereka (MCA) jangan bermain-main dengan api. Jangan kait isu politik dan usaha pendidikan negara.

“Keputusan mereka dengan menghukum para pelajar dengan menaikkan kadar yuran akan mendatang masalah yang lebih buruk sekiranya kerajaan mengambil tindakan keatas mereka,” katanya.

Pada 12 November lepas, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah dilaporkan berkata, MCA mungkin akan menaikkan kadar yuran di TAR UC berikutan kekurangan dana suntikkan daripada kerajaan dalam pengumum Belanjawan 2019. – BERNAMA

Tags: B40Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd