• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlu Tetap Pendirian Untuk Tidak Ratifikasi ICERD

oleh Ahmad Albab
12/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan seharusnya berpendirian tetap untuk tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata cadangan itu adalah satu perkara yang tidak wajar kerana sehingga kini tidak pernah berlaku sebarang penganiayaan kepada mana-mana pihak atau kaum, walaupun negara tidak meratifikasikan ICERD.

“Kalau kita (kerajaan) boleh ‘berjalan seperti biasa (sekarang ini) dan tidak menimbulkan apa-apa masalah, mengapa kita perlu akur kepada pihak antarabangsa (untuk meratifikasikan ICERD. Sebelum ini pun kita tak ratifikasi ICERD.

“…..dan tidak ada satu pemaksaan pun kalau kita tak ratifikasi (ICERD), maka satu tindakan akan diambil atau negara kita akan terpinggir daripada arus dunia dan sebagainya,” kata Naib Presiden Amanah itu kepada Bernama, hari ini.

Mahfuz berkata demikian selepas melancarkan projek perintis pematuhan garis panduan ‘Occupational Safety and Health In Construction Industry (Management) (OSHCIM), di tapak projek pembinaan Sunway Serene, di sini, hari ini.

Pada 26 Okt lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan.

Namun pada 31 Okt, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum Malaysia meratifikasi ICERD.

Mengulas lanjut, Mahfuz menggesa supaya kerajaan membuat keputusan dengan segera berkenaan perkara itu untuk mengelakkan isu-isu yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

“…..daripada tiada masalah (sebelum cadangan ratifikasi ICERD dibentangkan), (dikhuatiri) tercetus pula masalah antara satu sama lain.

“Maka, pada pandangan saya, kerajaan perlu cepat buat keputusan iaitu tetap pada satu pendirian yang selama ini kita tidak ratifikasikan ICERD,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mahfuz OmarICERD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengarah Syarikat Didenda RM5K Kerana Lepas Asap Hitam

Next Post

Belia Terlibat Jenayah, Masalah Sosial Akan Dibantu Dapat Pekerjaan

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

Next Post

Belia Terlibat Jenayah, Masalah Sosial Akan Dibantu Dapat Pekerjaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd