• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan GPS Digesa Terima Baik Dana RM35 Juta

oleh Cj Mnh
09/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) digesa supaya menerima baik dana RM35 juta daripada kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) untuk membayar elaun tuai rumah dan ketua kampung di negeri ini.

Ketika membuat gesaan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Ali Biju (PKR) menjelaskan bahawa pemansuhan elaun tuai rumah dan ketua kaum di Sarawak oleh kerajaan persekutuan adalah bersifat sementara ekoran pembubaran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Semenanjung Malaysia.

Ali yang juga Anggota Parlimen Saratok berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan membubarkan KKKP disebabkan ia adalah alat politik kerajaan terdahulu dan memperkenalkan Majlis Pengurusan Kemajuan Kampung (MPKK) untuk negeri yang diperintah oleh PH.

“Untuk negeri Sarawak, Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLB) akan mengguna pakai sistem pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKK) yang sedia ada dan tidak menggunakan sistem MKPP seperti di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Menurut Ali lagi, tujuan kerajaan PH terus menggunakan JKKKK di Sarawak adalah bagi mengelak jawatankuasa yang bertindih di peringkat kampung dan rumah panjang, dan bagi mengekalkan muafakat dalam kalangan rakyat.

Ali turut menarik perhatian ahli-ahli DUN berkaitan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak bertarikh 11 Okt 2018 yang menghendaki ketua-ketua kaum dan ketua masyarakat yang ingin menghadiri program atau mesyuarat selain daripada yang dianjurkan kerajaan negeri Sarawak agar mendapatkan kebenaran daripada Residen terlebih dahulu.

“Pada pendapat saya arahan ini perlu dikaji semula kerana kita harus faham tentang peranan ketua kaum dan ketua masyarakat yang menjadi jambatan penghubung antara rakyat, wakil rakyat dan kerajaan, sama ada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan.

“Saya bersetuju sekiranya larangan itu disasarkan kepada aktiviti politik tetapi bukan untuk aktiviti kemasyarakatan yang menguntungkan semua rakyat,” katanya.

Menurut Ali, sesetengah tuai rumah/ketua kaum menyalahtafsirkan surat pekeliling tersebut seolah-olah melarang sama sekali berhubung dengan wakil rakyat daripada PH walaupun yang berkaitan dengan hal ehwal dan kebajikan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya kerajaan negeri memberi pencerahan mengenai surat pekeliling berkenaan.

Dalam pada itu, Ali turut menggesa tuai rumah panjang dan ketua kampung selaku pengerusi JKKK agar mentadbir rumah panjang atau kampung masing-masing dengan adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik.

“Kerajaan PH tidak ingin melibatkan kepentingan politik dari mana-mana parti di dalam pentadbiran di peringkat rumah panjang dan kampung.

“Saya amat bersetuju dengan Seksyen 8(1) Ordinan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat 2004 yang dengan jelas menyatakan bahawa ketua masyarakat dilarang sama sekali mempunyai kedudukan di dalam parti politik,” katanya. – BERNAMA

Tags: DanaGPS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd