• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Baharu Sabah Bentang Belanjawan Esok

oleh Cj Mnh
08/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Buat pertama kali, kerajaan negeri Sabah yang baharu pimpinan Parti Warisan Sabah bersama Pakatan Harapan (PH) dan UPKO bakal membentangkan belanjawan negeri esok.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata Belanjawan Sabah 2019 bertemakan “Memacu Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat” itu merupakan belanjawan yang menyeluruh, walaupun berlandaskan kewangan yang terbatas dan kedudukan ekonomi negara dan dunia yang mencabar.

“Yang penting kepada kita ialah untuk memastikan supaya kita tidak mengabaikan usaha kita untuk membela rakyat di semua peringkat,” katanya kepada pemberita selepas menerima Belanjawan Sabah 2019 daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan negeri Datuk Pg Hassanel Mohd Tahir di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata belanjawan itu, yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada pukul 3 petang esok, juga akan memperkenalkan pendekatan baharu untuk pembangunan golongan belia dan beberapa kejutan untuk rakyat.

“Kita (kerajaan negeri) sentiasa memikirkan rakyat. Kita akan pastikan rakyat dapat kita bela sebaik mungkin,” katanya.

Ketika ditanya pemberita mengenai spekulasi beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan berpaling tadah dan menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS), Mohd Shafie menganggap perkara itu hanya spekulasi dan yakin ADUN Warisan, PH dan UPKO matang untuk memilih pihak mana untuk mereka sokong.

Baru-baru ini, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa beberapa ADUN kerajaan sekarang akan melompat ke parti itu, yang juga parti yang menganggotai GBS, dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: Belanjawan Negeriparti warisan sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warisan Tidak Boleh Larang Bersatu Masuk Sabah

18/02/2019
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata partinya tidak boleh melarang kemasukan Parti...

Warisan Harap Bersatu Tidak Masuk Sabah

07/02/2019
0

PARTI Warisan Sabah (Warisan) mengulangi harapan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat mengotakan katanya untuk tidak melebarkan sayap ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd