• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PKR Cabang Julau Di Sarawak Diterima

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilihan PKR cabang Julau di Sarawak tidak akan diadakan semula kerana perincian undi yang direkodkan dan analisis teknikal menunjukkan tiada undi yang tercicir dan keputusan pengundian tersebut sebenarnya boleh diterima pakai.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Datuk Rashid Din dalam satu kenyataan berkata analisis hasil kiraan undi membuktikan semua data selamat dan telah berjaya dimuat naik ke pelayan sistem walaupun terdapat aplikasi e-undi pada enam unit tablet telah disapu bersih oleh perisian-perisian “Prey Anti-Theft”.

Katanya pihaknya telah mengadakan mesyuarat semalam dan mendengar penjelasan daripada Unit Operasi serta Unit Sistem dan IT serta mengambil kira laporan teknikal daripada pihak pembangun sistem e-undi.

“Keputusan pemilihan PKR bagi Cabang Julau, Sarawak akan dimuat naik dalam portal rasmi Pemilihan Parti (www.pemilihan keadilan2018.com) dalam masa terdekat,” katanya.

Sabtu lepas media melaporkan 10 unit tablet e-undi yang digunakan untuk pemilihan PKR cabang Julau didapati telah dipasang perisian “Prey Anti-Theft”.

Sementara itu, berhubung keputusan pemilihan semula PKR cabang Tawau dan Pensiangan di Sabah, Rashid berkata pihaknya merumuskan bahawa integriti data pengundian bagi pemilihan semula di kedua-dua cabang itu sebenarnya boleh diterima pakai.

Katanya laporan keputusan yang diterima oleh JPP menunjukkan bacaan negatif pada ruangan ‘Bilangan Kertas Undi Yang Tidak Dikembalikan’ membawa maksud terdapat lebihan kertas undi digital yang diterima oleh pelayan sistem berbanding jumlah slip undi dikeluarkan oleh mesin QR.

Beliau berkata semakan pada pangkalan data menunjukkan rekod beberapa tablet yang digunakan pada hari pengundian semula tersebut tidak dikemas kini ke versi aplikasi e-undi terkini iaitu ver8.0(34) yang menyebabkan data undian baru pada 11 Nov telah bercampur dengan data undian yang dijalankan pada 4 dan 5 Nov lepas dalam sistem pangkalan data.

“Walaupun data yang diterima sistem e-undi bercampur baur, namun ia masih boleh diguna pakai dan tidak korup tetapi harus melalui kaedah penyisihan dan penyusunan semula data yang tersimpan dalam pangkalan utama dan sandaran. Sistem e-undi mampu melakukannya kerana setiap data undi telah pun dilabelkan dengan tempat, masa dan tarikh undian.

“Proses penyisihan dan penyusunan semula data ini akan mengambil sedikit masa dan sudah pasti hasilnya nanti akan merubah jumlah undi yang diterima oleh setiap calon sekali gus dapat menyelesaikan isu bacaan negatif dalam penyata undi bagi setiap cabang terbabit,” katanya.

Rashid berkata ​​​​keputusan pemilihan semula PKR cabang Tawau dan Pensiangan akan dimuat naik dalam portal rasmi Pemilihan Parti (www.pemilihan keadilan2018.com) selepas semua proses penyisihan dan penyusunan semula data selesai dilakukan.

Dalam pada itu, menurut Rashid, JPP menerima banyak Borang 11 (untuk pengundi ragu) di mana sebahagian besar daripada penama tersebut didapati tidak tersenarai sebagai anggota parti dan secara automatik tidak layak mengundi (undi ditolak).

“JPP merumuskan hanya akan melakukan proses pengesahan Borang 11 terhad untuk jawatan kepimpinan cabang yang ada keputusan undian seri dan majoriti tipis sahaja. JPP akan menjemput semua calon yang terlibat sahaja untuk menyaksikan proses ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pemilihan PKRsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd