• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Fokus Atasi Isu Air Di Kawasan Terjejas

oleh Cj Mnh
12/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Utiliti Sarawak akan memfokus kepada kawasan-kawasan yang kini terjejas dengan isu bekalan air di bawah fasa pertama program grid bekalan air seluruh negeri, kata menterinya Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

Ini, kata beliau, akan diikuti fasa kedua untuk menyambungkan bekalan air ke seluruh negeri menerusi grid bekalan air yang dicadangkan dan untuk memperluaskan liputannya, kementerian itu akan terus memberikan penekanan kepada pelaksanaan program-program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS), Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) dan Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak (RES).

Dr Rundi berkata kementeriannya dan agensi-agensi di bawahnya komited untuk menyediakan kemudahan utiliti yang berkualiti, pada harga termampu dan lestari di negeri ini, dan akan terus meningkatkan keluasan liputan bekalan air dan elektrik.

“Bagi mencapai matlamat ini kementerian saya akan menggubal dan memperkukuhkan dasar-dasar supaya memberikan hala tuju kemudahan utiliti yang jelas dalam usaha memberi perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan,” kata Dr Rundi dalam ucapan penggulungan bagi pihak kementerian itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Selain itu, kata Dr Rundi, terdapat keperluan untuk mewujudkan dasar-dasar untuk mengawal selia pola peggunaan oleh para pengguna bagi memastikan kelestarian sumber negeri.

Beliau berkata dalam urusan bekalan air, usaha konservasi air perlu dipertingkatkan dengan pelbagai cara seperti mengenakan surcaj untuk konservasi air, penggunaan alat penjimatan air selain mengitar atau mengguna semula air.

Bagi sektor elektrik pula, beliau berkata dasar-dasar serta program-program ke arah penjimatan tenaga perlu dilaksanakan untuk meminimum atau mengurangkan penggunaan tenaga.

Dr Rundi turut memberiahu Dewan bahawa jumlah kapasiti yang dijana melalui grid sedia ada ialah 4,641 megawatt (MW) bagi memenuhi keperluan bekalan waktu puncak sebanyak 3,623 MW, sambil menambah bahawa kerajaan negeri akan memastikan bekalan tenaga elektrik adalah mencukupi, boleh diharap dan pada harga termampu menerusi perancangan dan pelaksanaan teliti infrastruktur sumber tenaga dan bekalan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Sarawak.

“Dalam usaha kerajaan negeri hendak mencapai status negeri maju menjelang 2030, kerajaan negeri juga komited dalam meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, dan menambah bahawa terdapat hubungan timbal balas positif antara pertumbuhan ekonomi dan permintaan kepada bekalan tenaga,” kata Dr Rundi.

Dalam hubungan ini, beliau berkata strategi-strategi baharu bukan konvensional dan berdasarkan pendekatan “pemikiran di luar kotak” akan diterokai bagi mempercepatkan pembekalan elektrik ke kawasan luar bandar dan merealisasikan rancangan untuk membekal elektrik ke seluruh negeri menjelang 2025.

Beliau berkata sejak Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA dilaksanakan pada 2009, sebanyak 115,000 isi rumah di luar bandar lagi telah menerima bekalan elektrik 24-jam menjadikan keluasan kawasan liputannya di luar bandar kepada 91 peratus.

Dr Rundi menambah, di bawah pelan induk Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak, kerajaan negeri menyasarkan untuk mencapai kadar liputan bekalan eletrik penuh 24-jam menerusi pelaksanaan pelbagai strategi di bawah pelan induk tersebut.

Dr Rundi berkata pelaksanaan pelbagai strategi di bawah pelan induk tersebut memerlukan perbelanjaan sebanyak RM3.22 bilion untuk menyediakan bekalan elektrik penuh menjelang 2025, dan menambah satu peruntukan khas sebanyak RM2.37 bilion telah diluluskan oleh kerajaan negeri bagi tahun 2019 dan 2020.

Ini, kata beliau akan menambah liputan bekalan elektrik bagi isi rumah di luar bandar dari 91 peratus kepada 97 peratus, dan menambah bahawa kerajaan negeri Sarawak komited untuk memberikan liputan penuh bekalan elektrik di seluruh negeri menjelang 2025 menerusi pembiayaan sendiri. – BERNAMA

Tags: Isu Airkawasan terjejas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM50 Juta Untuk 32 PBT Baik Pulih Kawasan Terjejas Banjir

03/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan yang terjejas banjir menerima peruntukan RM50 juta bagi kerja baik...

Caj Air Mentah: Kedah Tuntut Bayaran Bukan Sumbangan

23/12/2020
0

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tetap bertegas menuntut pampasan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang dan bukannya sumbangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd