• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Air Mentah: Kedah Tuntut Bayaran Bukan Sumbangan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah tetap bertegas menuntut pampasan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang dan bukannya sumbangan dalam memelihara kawasan tadahan air Ulu Muda.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kerajaan negeri menetapkan bayaran 10 sen bagi setiap meter padu air, namun bersedia untuk berunding harga berkenaan dengan kerajaan Pulau Pinang.

“Kita nak bayaran (pampasan) bukan sumbangan, sumbangan ini ikut suka, sumbang berapa duit.. empat kupang (40 sen), lima kupang (50 sen).

“Kita nak bayaran yang kita letak satu meter padu 10 sen, orang Kedah kata sekupang kemudian boleh dirunding harga itu, mereka tak boleh bagi sumbangan, sumbangan ini nak bagi tak apa, tak bagi tak apa, tapi kita memang nak bayaran juga,” katanya ketika ditemui di Dewan Sri Mentaloon di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melalui laman sebuah portal pada 15 Disember lalu menggalakkan Pulau Pinang memberi sumbangan kewangan atas pengorbanan Kedah untuk tidak meneroka kawasan tadahan air di Ulu Muda.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata beliau menganggap kesediaan Pulau Pinang yang mahu berunding adalah suatu petanda positif.

“Mereka memberi maklum balas menerusi kenyataan akhbar sahaja bahawa sedia berunding dan kita anggap itu perkembangan positif memulakan proses rundingan itu.

“Rundingan awal akan dimulai di peringkat pegawai dulu khususnya melalui Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK),” katanya.

Jelasnya, sama ada bayaran itu dibuat oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) atau kerajaan negeri berkenaan, itu bukan hal utama asalkan ia dibayar setiap tahun.

Tambahnya, sebelum ini Kerajaan Pulau Pinang mengenakan caj air mentah kepada PBAPP sebanyak enam sen bagi setiap satu meter padu.

“Jadi dialah (Pulau Pinang) patut bayar (kepada Kedah). Kalau PBAPP nak bayar pun saya terima, siapa bayar tak kisah,” katanya.

Kerajaan Kedah sebelum ini menuntut PBAPP menjelaskan bayaran sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun.

Tuntutan bayaran itu sudah dibuat kepada PBAPP sejak 2010, namun tiada sebarang tindakan dibuat oleh pihak berkenaan. – BH Online

Tags: Isu AirKedahPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd