• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehidupan Berubah, Usop Jadi Takut

oleh Ahmad Albab
03/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Usop (Mentor) mengakui kehidupannya berubah hampir seratus peratus selepas memenangi tempat kedua Mentor Milenia 2017.

Usop atau Saiful Naim Muhd Noor, 21, berkata perubahan tersebut membuatkan dia berasa takut sekiranya ada membuat kesilapan secara tidak sengaja.

“Sejujurnya, kehidupan saya berubah 95 peratus selepas program itu tamat. Semua orang mula perhatikan dan mengenali saya.

“Menyebabkan saya berasa takut kalau-kalau ada buat kesilapan yang tidak disengajakan dan orang terus membenci saya.

Usop bimbang lakukan kesilapan tidak disengajakan.

“Tapi Alhamdulillah, setiap hari saya belajar perkara baharu dan mengambil semua itu secara positif,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, mentor Usop dalam program tersebut iaitu penyanyi Hazama pernah memberitahu populariti mendadak yang diraih Usop seperti mengulangi kembali fenomena Mawi di program realiti Akademi Fantasia 3.

Selepas program realiti tersebut tamat, Usop seakan-akan ‘menghilang’ dari industri seni selama hampir setahun.

Bagaimanapun, Usop berkata dia masih lagi aktif menyanyi namun hanya untuk majlis atau acara luar sahaja.

“Ramai yang bertanya kemana saya menghilang selama setahun tak muncul dalam mana-mana program TV atau radio. Tapi sebenarnya, saya masih lagi aktif menyanyi.

Usop tampil dengan lagu terbaharu.

“Setiap bulan saya ada sahaja buat persembahan di majlis atau acara luar. Mungkin sepanjang setahun itu, rezeki saya dalam industri muzik belum lagi ada,” ujarnya.

Dalam pada itu, Usop kini tampil dengan lagu terbaharu berjudul Aku Yang Bersalah yang dianggap sebagai kemunculan semulanya.

Usop berharap dengan lagu terbaharunya ini memberi peluang untuk dia berada dalam industri seni bersama rakan-rakan artis yang lain.

“Alhamdulillah, single terbaharu saya kini sudah dilancarkan. Bagi saya, lagu ini merupakan kemunculan semula saya dalam industri.

“Malah, lagu ini juga dapat menonjolkan vokal dan jiwa saya. Saya berharap dapat membuka peluang untuk saya berada dalam industri bersama rakan artis yang lain,” katanya. – mStar Online

Tags: penyanyiUsop Mentor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd