• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Osman Akan Dikebumikan Selepas Zohor

oleh Mohd Arshad
22/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di sini, selepas Zohor pada Rabu.

Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Senator Md Nasir Hashim berkata, pihaknya mendapat makluman berhubung perkara itu daripada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas terbabit.

“Jenazah Datuk Osman dijangka tiba tengah hari ini dari Damansara, Selangor.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Raudah, Kampung Dato Onn, Larkin untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di sini, untuk dikebumikan selepas Zohor nanti,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Datuk Osman Sapian, 70, disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.45 malam pada Selasa.

Sebelum itu pada 13 Oktober media melaporkan Osman dikejarkan ke Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Johor kerana diserang strok ringan.

Osman kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Selangor untuk mendapatkan rawatan selepas tahap kesihatannya merosot.

Bagaimanapun, pada 13 November 2021, Osman dilaporkan kembali stabil tetapi masih berada dalam pemerhatian rapi dan tidak sedarkan diri.

SinarHarian-

Tags: Osman Sapian
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Osman Sapian Masih Ahli Bersatu – Hamzah

04/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian masih kekal sebagai...

MB, Bekas MB Johor Calon PH Bagi PRK Tanjung Piai?

23/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Nama Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan bekas menteri besar, Datuk Osman Sapian tersenarai sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd