• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Semula Potong Gaji Peminjam PTPTN – ABIM

oleh
07/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengkaji semula pelaksanaan pemotongan gaji secara automatik bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan lebih RM1,000 sebulan.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata dasar baharu itu membebankan anak muda yang mahu memulakan kehidupan pasca bergelar graduan.

Katanya, kerajaan perlu lebih sensitif dalam menangani isu peminjam PTPTN secara cermat dan berhikmah, selaras dasar mereformasikan institusi dalam era Malaysia Baharu.

“ABIM menyarankan kajian secara mendalam serta holistik dibuat bagi memahami punca sebenar kenapa masih ramai peminjam yang belum membuat bayaran kepada PTPTN.

“Bagi menggalakkan pembayaran hutang, ABIM menggesa pihak kerajaan menghapuskan sistem ujrah PTPTN, memandangkan ia dilihat menjadi beban hutang tambahan kepada peminjam, di mana ia boleh mencecah ribuan ringgit.

“Selagi kerajaan belum menyediakan peluang pekerjaan lebih banyak, memastikan gaji permulaan lebih baik dan mengenalpasti masalah sebenar peminjam, tidak seharusnya secara mudah menghukum secara pukul rata terhadap semua peminjam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Muhammad Faisal berkata, kerajaan perlu mengambil kira faktor kemiskinan bandar serta komitmen tinggi yang perlu dihadapi oleh anak muda dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, selain peningkatan kos sara hidup dalam menentukan kaedah pembayaran semula hutang PTPTN.

Selain itu, katanya, soal peningkatan jumlah golongan muda yang muflis juga perlu diberi perhatian serius, sebelum sebarang kaedah bayaran balik PTPTN dilaksanakan.

“ABIM juga menyeru kerajaan menunaikan manifesto mereka yang diumumkan pada 8 Mac lalu di Shah Alam, iaitu tempoh bayaran balik kepada peminjam dilanjutkan sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan RM4,000 sebulan.

“Langkah lain, kerajaan boleh menyerap kos tertentu ditanggung mahasiswa di universiti dan kolej kediaman, sebagai langkah mengurangkan bebanan hutang PTPTN kepada mahasiswa.

“Subsidi makanan dan lain-lain akan membolehkan kos sara hidup mahasiswa di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi,” katanya. – BH Online

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd