KUALA SELANGOR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli memenangi jawatan Ketua Cabang PKR Cabang Kuala Selangor selepas menewaskan lima pesaingnya pada pemilihan parti itu, sebentar tadi.
Juwairiya memperoleh undi sebanyak 428 undi, manakala lima lagi pesaingnya, C David Selavan memperolehi 383 undi; M U Raja (314); N Gobu (295); Nor Azhar Jamil (295) dan Arsad Abu Bakar (109).
Bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang, pemilihan kali ini menyaksikan jawatan itu dimenangi T Rajasegaran yang memperoleh undi sebanyak 417 undi menewaskan lima pesaingnya, Mohd Adhar Mesari yang mendapat 322 undi; S Thamilmaran (295); K Tanarshu (247); Rosman Sukiran (239) dan P K Mogana Sundaram (97).
Pemilihan Naib Ketua Cabang pula dimenangi S Gunasakaran dengan memperoleh undi sebanyak 394 undi diikuti Lim Piang Nam (342) dan Samsul Anbia Bahrom (305). – BH Online

