• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juri Dikawal Ketat Sepanjang Bicara El Chapo

oleh Haris
08/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERBICARAAN ketua kumpulan kartel dadah Mexico, Joaquin “El Chapo” Guzman akan bermula di Amerika Syarikat tidak lama lagi, selepas juri untuk perbicaraan selesai dipilih.

Tujuh orang wanita dan lima lelaki dipilih untuk menentukan sama ada Guzman bersalah dalam 11 dakwaan berkaitan pengubahan wang, pengedaran dadah dan senjata api.

Semua 12 orang juri ini tidak didedahkan identiti mereka dan akan dikawal ketat semasa masuk dan keluar mahkamah oleh Marshal AS.

Beberapa orang yang dipilih telah digugurkan kerana maklumat berkaitan mereka telah tersebar termasuk lokasi kediaman mereka yang disebut semasa proses pemilihan juri.

Ada yang ditolak daripada menganggotai juri kerana didapati meminati Guzman dan pernah cuba meminta tandatangan raja dadah itu.

Para juri dikawal ketat sepanjang proses perbicaraan ini kerana Guzman diketahui pernah mengugut dan mengarahkan pembunuhan saksi penting, dakwaan yang ditolak oleh pasukan pembelaannya.

Jika disabit bersalah, ketua kartel Sinaloa yang terkenal itu boleh dihukum penjara seumur hidup.

Guzmam sebelum ini melarikan diri dari penjara sebanyak dua kali di Mexico.

Beliau akhirnya diekstradisi ke AS pada Januari 2017.

Perbicaraannya di sebuah mahkamah persekutuan di Brooklyn, New York dijadual bermula 13 November dan mungkin berjalan hingga empat bulan.

Pendakwa AS berkata kartel Sinaloa di bawah Guzman telah menyeludup heroin, methamphetamine, kokain dan marijuana ke AS.

Peguam Guzman dikatakan telah memberi gambaran bercadang membuktikan yang beliau hanya berperanan kecil dalam kartel itu dan tidak seperti digambarkan selama ini. – BBC

Tags: El Chapo
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ketua Kartel Dadah ‘El Chapo’ Didapati Bersalah

13/02/2019
0

NEW YORK - Ketua kartel paling terkenal di dunia, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman yang berjaya bangkit dari kemiskinan di luar...

Bekas Raja Dadah Colombia Dedah Operasi Ganas Kartel

05/12/2018
0

SEORANG saksi kerajaan dalam perbicaraan raja dadah Mexico, Joaquin "El Chapo" Guzman mendedahkan dengan terperinci realiti operasi penyeludupan dadah, tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd