• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Penduduk Bekerja Dijangka Meningkat

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah penduduk bekerja di negara ini dijangka meningkat kepada 15.1 juta tahun hadapan berbanding 14.8 juta tahun lepas.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, lebih banyak peluang pekerjaan baharu dijangka wujud dalam ekonomi dan kadar pengangguran diunjur kekal 3.3 peratus.

Daripada jumlah penduduk bekerja, sektor perkhidmatan dijangka menyaksikan penambahan 300,000 pekerja (9.3 juta) pada 2019 berbanding 9 juta yang direkodkan pada 2018.

“Sementara itu, jumlah pekerja dalam sektor pembuatan dan pertanian diunjur kekal 2.5 juta dan 1.9 juta pada 2018 dan 2019,” menurut laporan itu.

Bagi tempoh separuh pertama 2018, sebanyak 550,449 kekosongan pekerjaan dicatat manakala pencari kerja aktif berkurang sebanyak 22.3 peratus kepada 241,046 dengan 1.7 peratus merupakan pendaftar baharu.

“Selaras dengan keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, bilangan pekerja yang diberhentikan kekal rendah iaitu 9,249 orang,” menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyebut bilangan pekerja asing yang berdaftar sehingga Ogos 2018 berkurang kepada 1.7 juta.

Peratusan pekerja asing daripada jumlah guna tenaga kekal rendah pada 12 peratus berikutan usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah supaya tidak melebihi 15- peratus daripada jumlah guna tenaga pada 2020.

“Sebahagian besar pekerja asing berasal dari Indonesia (39 peratus), Nepal (20.9 peratus) dan Bangladesh (18 peratus) dengan sektor pembuatan menggaji sebahagian besar pekerja asing diikuti sektor pembinaan dan perladangan,” menurut laporan itu.

Selain itu, laporan berkenaan turut mengunjurkan produktiviti buruh mencapai RM85,600 pada 2019 berikutan peningkatan produktiviti dalam sektor pembuatan (3.9 peratus) dan pembinaan (3.4 peratus).

Bagaimanapun pertumbuhan produktiviti sektor perkhidmatan dijangka berkurang 3 peratus, menurut laporan berkenaan. – BERNAMA

Tags: bekerjapenduduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

20/05/2026
0

PAHANG - Selepas 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di sebuah kawasan di negeri ini nekad berdiri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd