• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2019 Johor Ada Lebihan RM3.43 Juta

oleh Ahmad Albab
29/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan 2019 dengan catatan lebihan sebanyak RM3.43 juta.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata anggaran hasil negeri pada 2019 adalah sebanyak RM1.55 bilion berbanding anggaran perbelanjaan RM1.54 bilion.

Beliau berkata dalam Belanjawan Johor 2019, kerajaan negeri telah menggariskan enam teras strategik bagi memacu pembangunan menyeluruh negeri.

Enam teras itu adalah Menjamin Kesejahteraan Rakyat; Pembangunan Lestari Dan Pemuliharaan Sumber; Pembangunan Infrastruktur, Penggerak Zon Perdagangan Dan Komuniti Digital; Demokrasi Dinamik Dan Kesaksamaan Sosial; Memodenkan Sistem Pendidikan Islam, Modal Insan Dan Warisan Budaya serta Urus Tadbir Cekap, Berintegriti Dan Demokratik.

“Secara keseluruhannya, belanjawan kali ini merangkumi 28 sektor dan 207 titik fokus berdasarkan enam strategik. Ia hasil garapan daripada suara rakyat Johor dan juga Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019 dengan tema ‘Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari’, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Osman berkata sejumlah RM949.34 juta, tidak termasuk caruman kepada kumpulan wang pembangunan diperuntukkan bagi tujuan belanja mengurus meliputi emolumen sebanyak RM496.16 juta, perkhidmatan dan bekalan (RM259.86 juta), aset (RM13.68 juta) dan perbelanjaan lain (RM179.64) juta.

Beliau berkata bagi perbelanjaan pembangunan, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM600 juta melalui caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Menurutnya, kerajaan persekutuan juga bersetuju untuk melupuskan hutang lapuk kerajaan negeri sebanyak RM189 juta.

“Maka daripada jumlah asal hutang kerajaan persekutuan sebanyak RM334 juta, persetujuan penyelesaian ke atas jumlah baki hutang sebanyak RM145 juta pula, telah pun diusahakan dan pada peringkat akhir rundingan untuk dilupuskan oleh pihak kerajaan persekutuan.

“Insya Allah barisan kepimpinan kerajaan negeri beriltizam untuk menjadikan negeri kita bebas hutang mulai tahun-tahun berikutnya,” katanya.

Osman berkata ekonomi Johor dijangka berkembang pada kadar 5 hingga 5.5 peratus tahun depan, lebih baik daripada kadar nasional yang mengambil kira struktur dan asas ekonomi Johor dan jangkaannya bermula projek minyak dan gas di Pengerang. – BERNAMA

Tags: belanjawanJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd