• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jika Rombak Kabinet Terdekat, Tanda Menteri Itu Gagal

oleh
14/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINDIR… Sekiranya berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat, ia boleh bawa kepada tafsiran seolah-olah menteri dilantik dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini memang tidak berwibawa.

Perkara berkenaan didedahkan Datuk Seri Najib Tun Razak malah dalam nada sindiran, bekas perdana menteri itu berkata, menteri yang digugurkan tersebut sebenarnya tidak berjaya jalan tugas mereka seperti mana diharapkan.

Menurut beliau, selalunya rombakan Kabinet hanya akan berlaku dalam tempoh setahun setengah selepas pilihan raya, namun jika rombakan jemaah menteri berlaku dalam masa yang terdekat ini, ia adalah di luar kelaziman.

“Selalunya rombakan anggota jemaah Kabinet boleh berlaku dalam masa yang lama sedikitlah, kira-kira dalam tempoh setahun setengah selepas pilihan raya umum, barulah akan ada rombakan melibatkan menteri tertentu.

“Tapi kalau berlaku dalam sehari dua ini, bererti bahawa ada satu keputusan yang tidak ikut kelaziman di negara kita, dan ini juga boleh bawa kepada tafsiran, bahawa menteri-menteri yang dilantik itu adalah tidak berwibawa.

“Atau mereka tidak menjalankan tugas seperti mana yang diharapkan,” jelas Najib merujuk spekulasi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal rombak beberapa menteri yang dianggap gagal dalam pentadbiran.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan dan bekas Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen pada petang Rabu sebagai ulas ‘cakap politik’ ada menteri yang bakal digugurkan.

Bagaimanapun kata Najib lagi, terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukan berlakunya rombakan Kabinet kerajaan PH sama ada dari segi tempoh masa atau siapa individu yang layak akan dilantik menjadi menteri baharu.

“Terpulanglah kepada Perdana Menteri sekarang, sama ada beliau mahu mengikut kelaziman rombakan Kabinet yang pernah juga berlaku pada zaman kerajaan (Barisan Nasional) sebelum ini.

“Tetapi pilihan raya umum (PRU) baru sahaja berakhir pada bulan Mei lalu, malah ada sesetengah menteri itu dilantik tidak berapa lama selepas tempoh PRU berakhir. Jadi tempoh ini amat singkat untuk satu rombakan.

“Sekiranya ada menteri yang digugurkan melalui rombakan ini, ia bermakna menteri yang digugurkan daripada kabinet itu tidak dapat menjalankan tugas seperti mana yang dikehendaki,” ujarnya lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakrombakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd