Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sidang Dewan Rakyat Ke-13...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat ke-13 ditangguhkan pada tengah hari ini, menamatkan...

Aktiviti Ibadah Korban Dibenarkan...

PUTRAJAYA - Aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada hujung Julai ini dibenarkan...

MCA Mula Kenal Pasti...

KUALA LUMPUR - MCA mula mengenal pasti calonnya yang sesuai bertanding pada Pilihan...

Seorang Maut, 2 Cedera...

ALOR SETAR - Seorang pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) maut manakala dua...

Aksi Lucah Dalam Kereta Dekat Pagar Sekolah

JIJIK… Perlakuan tidak senonoh seorang lelaki yang beronani di dalam kereta berhampiran sebuah sekolah di Setapak, ternyata mencetuskan kebimbangan ramai.

Lebih teruk, dia tanpa segan silu membiarkan pintu kereta terbuka sewaktu melakukan perbuatan itu.

Video perbuatan lelaki itu berjaya dirakam seorang pelajar sekolah berkenaan, sebelum ia ditularkan di laman Twitter pada Khamis sehingga menerima lebih 3,000 ulang kicau (Retweet).

Saksi kejadian, Muhd Rohimi Abdul Rahim, 17, sewaktu dihubungi mStar Online berkata, dia yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari sekolah sempat membuat rakaman video lelaki itu, untuk dijadikan sebagai bukti kepada pihak berkuasa.

“Sekitar pukul 2 petang, Khamis, waktu pelajar pulang dari sekolah. Saya sedang berjalan sebelum ternampak perbuatan lelaki itu.

“Sebelum ini pun saya pernah dengar cerita mengenai peristiwa sama. Ada dua kejadian melibatkan lelaki dalam kereta dan lelaki yang menaiki motor. Tak sangka saya pula terserempak dengan lelaki itu.

“Lelaki tu saya kira dalam lingkungan usia 30-an, memang jelas perbuatan dia sebab pintu kereta terbuka,” ujar Rohimi pada Jumaat.

Menurut pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, dia turut menghantar rakaman berkenaan menerusi group WhatsApp sekolahnya, bagi memaklumkan kejadian berkenaan kepada guru dan rakan pelajar yang lain.

Tambahnya lagi, dengan bukti video serta nombor pendaftaran kereta yang berjaya dirakam, dia berhasrat untuk membuat laporan polis tidak lama lagi.


“Setakat ini tak sempat lagi nak pergi buat laporan polis, tapi memang berhasrat nak report demi kebaikan dan keselamatan semua.

“Saya rasa lelaki tu ada masalah mental, bila saya lalu sebelah kereta dia, saya hentak kaki sebab nak gertak tapi dia tak respon pun.

“Saya risau kalau dia berani bertindak lebih teruk selepas ini, kawasan belakang sekolah tempat dia parking kereta tu pun tak ramai yang lalu masa kejadian, memang bahaya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna Twitter turut mengutuk perbuatan tidak senonoh lelaki itu dan meminta Rohimi supaya membuat laporan polis secepat mungkin.

“Nauzubillahiminzalik.. Sis kalau ternampak pun confirm trauma jugak.. Tak lalu makan smpai 3 abad lamanya. Sabar ya dik. Lebih baik report.. Melalui plat nombor kereta, polis dapat trace dia tinggal kat mana. dan sekejap je dapat tangkap. Report jangan tak report,” tulis @anisarianaz.

“Ada nombor plat kereta and video so dah cukup bukti untuk buat polis report. Buat cepat sementara awal lagi ni,” tulis @SyffaAzlan. – mStar

  • Lagi berita berkaitan:
  • ONANI

Kategori