• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Pengajaran Rasulullah Sebagai Model Terbaik Malaysia Baharu

oleh
19/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyeru umat Islam di negara ini untuk saling mendengar suara dan pandangan antara satu sama lain, dengan menjadikan ibrah (pengajaran) Nabi Muhammad SAW sebagai model terbaik dalam membina Malaysia baharu.

Timbalan Perdana Menteri berkata selain itu, mereka juga perlu meraikan persamaan serta bertolak ansur dalam perkara yang berbeza.

“Menjadikan baginda Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan atau model hidup seseorang manusia tidak pernah merugikan. Baginda telah menunjukkan contoh teladan terbaik sama ada sebagai seorang lelaki, suami, bapa, guru, pemimpin, panglima perang, diplomat dan lain-lain lagi.

“Rasullah SAW sentiasa berpandangan jauh dan dalam masa yang sama tidak lupa berfikir mencari yang terbaik bagi umat baginda dalam isu-isu semasa yang berlaku di sepanjang hayat baginda,” katanya dalam perutusan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1440H.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul pada kali ini, Timbalan Perdana Menteri turut mengajak umat Islam untuk bersama-sama membuat sedikit anjakan paradigma dalam mengamalkan ajaran Rasulullah SAW agar ia tidak hanya berlegar dalam konteks amalan kendiri sahaja.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, umat Islam turut dinasihati untuk meletakkan azam dalam jiwa agar ajaran baginda disebarluaskan kepada seluruh manusia sejagat.

Timbalan Perdana Menteri berkata sungguhpun terdapat pihak yang cuba menafi, menyaingi dan menandingi ajaran baginda dengan memberi ajaran alternatif, namun ia tetap unggul dan utuh sebagai yang terbaik serta menyeluruh kerana ajaran baginda adalah berasaskan wahyu serta bukan sekadar satu ideologi dan pemikiran semata-mata.

“Dilihat daripada ajaran, bimbingan, suruhan, larangan dan teladan yang telah baginda tunjukkan semuanya menyelamatkan manusia daripada kehancuran sama ada kepada diri, masyarakat atau dunia sejagat,” jelasnya.

Dr Wan Azizah turut menyeru umat Islam melakukan pengisian yang bermanfaat dan berguna dalam suasana sambutan Maulidur Rasul 1440H agar kita dapat meningkatkan kefahaman dan ibrah daripada sirah dan sunnah baginda Rasulullah.

“Justeru, janganlah usaha ini hanya pada musim Maulidur Rasul sahaja bahkan untuk sepanjang hayat kita sebagai umat. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1440H,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd