• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izzue Islam Mengaku Punyai Kelemahan Vokal

oleh Ahmad Albab
01/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Izzue Islam mengakui dia antara yang lemah daripada segi vokal dalam kalangan anggota kumpulannya, Forteen.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, berkata dia perlu bekerja lebih keras berbanding ahli yang lain iaitu One, Ariz dan Amer.

“Sejujurnya saya akui memang ada kelemahan dari segi vokal berbanding dengan ahli kumpulan Forteen yang lain.

“Apabila empat orang menyanyi dalam satu lagu memang kita akan nampak perbezaan dari segi tenaga dan ton suara.

“Jadi, untuk nak sesuaikan itu maknanya saya perlu kerja keras lagi daripada mereka bertiga,” kata Izzue kepada mStar Online.

Dalam persaingan minggu kelima Konsert Geger Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung pada Ahad lalu, juri tetap Datuk Ramli MS berkata Izzue dan Amer mempunyai vokal yang lemah berbanding yang lain.

Forteen yang menyampaikan lagu nyanyian asal Black Dog Bone, Hatiku Luka Lagi mendapat kedudukan keempat dan melayakkan mereka meneruskan persembahan pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini tidak terasa hati dengan kritikan juri tetap program tersebut.

Forteen tampil dengan konsep berbeza pada minggu kelima konsert GV5.

Malah, Izzue mengambil kritikan itu sebagai positif untuk dia lebih berusaha dan memperbaiki kelemahannya.

“Sebenarnya saya tak terasa hati pun. Dalam pertandingan, tak boleh ada perasaan nak ‘sentap’ atau kecil hati.

“Nanti boleh merosakkan fokus dan pemikiran kita lagi bertambah negatif. Ia seperti virus yang tidak baik.

“Tapi saya terima semua kritikan nak jadikan positif. Bukan hanya sekadar tepis komen negatif tapi saya kena perbaiki kelemahan itu,” ujarnya.

Konsert GV5 minggu keenam bakal menyaksikan persembahan daripada Forteen menerusi lagu penyanyi asal Datuk S.M Salim dan Zainal Abidin berjudul Satu. – mStar Online

Tags: IZZUE ISLAMpelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd