• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kuil: Tular Di Pelbagai Platform Adalah Berita Palsu

oleh
29/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penularan berita palsu dalam pelbagai bentuk dan platform yang memanipulasi isu kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyatan hari ini berkata berita palsu itu boleh membangkit kegusaran melampau berhubung keselamatan negara.

Ia juga, katanya boleh mengguris sentimen perkauman dan sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

“PDRM ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpedaya dengan berita provokatif, yang boleh membangkitkan ketidakpuasan hati serta mengundang tindak balas mana-mana pihak yang rasa tercabar dengan kenyataan-kenyataan sedemikian,” katanya.

Asmawati menegaskan PDRM menjunjung tinggi hak kebebasan bersuara tetapi harus diingat bahawa ia mempunyai batasannya serta tidak boleh disalahguna untuk kepentingan tersirat.

“Janganlah ada mana-mana pihak yang bertindak atau membuat sebarang bentuk kenyataan provokatif yang boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat,”katanya.

Katanya, PDRM memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan dan ketenteraman awam akan terus dipelihara.

“Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang terbukti cuba memporak-perandakan kesejahteraan masyarakat, memecahbelahkan perpaduan rakyat dan memperjudi keamanan negara,” katanya.

PDRM mengambil kesempatan ini untuk mengulangi kenyataan perdana menteri bahawa insiden rusuhan yang berlaku di tapak kuil Sri Maha Mariamman itu bukan melibatkan isu perkauman atau berkaitan agama.

“Ia sebenarnya satu tindakan jenayah yang tidak harus diberi sebarang ruang untuk merosakkan perpaduan dan hubungan kaum di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: berita palsuisu kuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd