• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HMM Kini Berwajah Baharu, Khidmat Lebih Inklusif

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hospital Medan Malaysia (HMM) kini tampil dengan susun atur kemas untuk memberikan perkhidmatan lebih inklusif bagi merawat penduduk tempatan di Cox’s Bazar, di Bangladesh.

Penampilan baharu ini juga disusuli dengan peningkatan kapasiti serta kualiti dalam perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada pelarian Rohingya dan rakyat tempatan.

Komander Op Starlight 2, Kolonel Dr Mohd Arshil Moideen berkata melalui pelbagai inisiatif dan perkongsian dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Relief Agency (MRA) dan Islamic Medical Association Malaysia’s Response and Relief Team (IMARET), HMM kini mampu menampung peningkatan 150 peratus hingga 200 peratus pesakit dan membuat banyak pembedahan berbanding sebelum ini.

“Sehingga kini, seramai 37,025 pesakit telah dirawat di HMM dan sebanyak 935 pembedahan dibuat, set pembedahan laparoskopik di medan juga dibawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjadikan ia satu-satunya perkhidmatan pembedahan laparoskopik medan di Bangladesh.

“Kabin-kabin baharu disiapkan menempatkan Klinik Pesakit Luar (OPD), makmal, X-ray, bilik pembedahan, dispensari serta stor-stor baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Mohd Arshil berkata susun atur ini memberi imej baharu dengan keterampilan lebih kemas sesuai dengan imej baik HMM.

Beliau berkata HMM kini menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa termasuk daripada WHO, IFRC, HOPE, UNHCR, RRRC, MOAS dan pelbagai agensi tempatan.

“Kerajaan Bangladesh juga memberi pengiktirafan kepada HMM atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan dan HMM kini tidak hanya menyediakan perkhidmatan kesihatan tertiari yang lengkap, sebaliknya mengaturgerakkan pasukan Forward Medical Team (FMT) di kem pelarian bagi melaksanakan pelbagai program bantuan kesihatan kepada pelarian Rohingya yang memerlukan,” katanya.

Dr Mohd Arshil berkata Inisiatif ini mendapat pujian dan pengiktirafan International Organization for Migration (IOM) dan HMM kini dijemput menjadi rakan rasmi IOM dalam program-program atur gerak FMT ini.

Pasukan Rawatan Air Medan ATM dengan kerjasama NGO IMARET juga memasang lima unit sistem rawatan air Medan SafeWhere di kem-kem pelarian yang dibangunkan sendiri oleh ATM dan IMARET. – BERNAMA 

 

Tags: HMMinklusif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd