• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Geng Katik’ Aktif Curi Motosikal Di Alor Setar Tumpas

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis berjaya menumpaskan ‘Geng Katik’ yang disyaki aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sekitar bandar raya ini, susulan penahanan lapan individu dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Kota Setar, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata selain menahan suspek yang berusia 15 hingga 18 tahun itu, polis turut merampas lima rangka motosikal jenis Honda EX5 serta sebuah enjin motosikal dipercayai dicuri.

Beliau berkata dengan penangkapan itu pihaknya percaya dapat menyelesaikan 12 daripada 25 kes kecurian motosikal di sekitar daerah ini.

“Kesemua suspek tidak bersekolah dan aktif melakukan kegiatan curi motosikal sejak September lalu dan hasil ujian saringan urin juga mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, hari ini.

Katanya, semua suspek direman sehingga 12 Nov ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mohd Rozi turut memberi amaran kepada kumpulan remaja yang gemar mengubah suai ekzos motosikal sehingga mendatangkan gangguan bunyi dan lalu lintas.

“Ubah suai ekzos menyebabkan bunyi yang kuat seolah-olah bunyi letupan, ia telah menjadi trend di daerah ini dan setakat ini, empat motosikal disita dan kita akan terus banteras kes ini bagi memastikan ketenteraman awam dijaga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Rozi berkata pada 1 Nov lepas, sembilan individu termasuk dua wanita berumur 18 hingga 31 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan kes pecah masuk kedai telefon bimbit di sekitar Alor Setar.

“Kumpulan ini ditahan di sekitar bandar raya ini dan mereka semua direman sehingga 13 Nov ini. Modus operandi mereka ialah menjual semula telefon bimbit yang dicuri kepada kedai telefon yang lain.

“Ada antara mereka suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah, curi kenderaan dan pecah rumah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Geng Curi Motosikalpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd