• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Keluaran Gas Sabah Hadkan Manfaat

oleh Cj Mnh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gangguan pengeluaran gas di lapangan gas Kebabangan, Sabah bagi suku kedua tahun ini telah menjejaskan Malaysia daripada menikmati pulangan sepenuhnya daripada kenaikan harga minyak dunia sejak enam bulan lepas, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata gangguan bekalan itu telah menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan kerajaan daripada cukai pendapatan petroleum, dan ini dapat dilihat dengan jelas dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian, dengan indeks keseluruhannya naik 2.2 peratus tahun ke tahun (YoY) untuk tempoh Mei-September manakala pengeluaran perlombongan jatuh 5.3 peratus YoY bagi tempoh sama.

“Kejutan bekalan ini dijangka berlanjutan sehingga pertengahan tahun 2019 (apabila pengeluaran lapangan Kababangan dijangka pulih sepenuhnya),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata disebabkan gangguan itu, perolehan cukai pendapatan petroleum merudum 27 peratus kepada RM2.78 bilion pada suku ketiga daripada RM3.8 bilion pada suku kedua, di sebalik harga minyak mentah Brent hanya mencatatkan penurunan marginal US$1 kepada US$75 pada suku ketiga daripada US$76 pada suku kedua.

Bagaimanapun, katanya daya tahan ekonomi yang berterusan adalah bukti bahawa ekonomi Malaysia tidak bergantung kepada harga minyak dunia seperti dahulu, terutama sekali apabila kerajaan hanya menerima manfaat yang terhad daripada kenaikan harga minyak dunia setakat ini.

“Daya tahan ini berasaskan pasaran kewangan tempatan yang matang serta kestabilan politik yang disediakan oleh kerajaan baharu yang telus,” kata Lim.

Tambahan lagi, katanya, kepelbagaian ekonomi adalah satu sumber daya tahan Malaysia apabila sektor pembuatan dan perkhidmatan masing-masing membentuk 23 peratus dan 55 peratus daripada KDNK manakala hanya 9 peratus daripada KDNK disumbangkan oleh sektor perlombongan.

Lim, berkata oleh itu Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan negara Arab Saudi berikutan sektor perlombongan membentuk 25 peratus daripada KDNK negara itu.

“Perbandingan langsung antara dua negara ini tidak sesuai kerana terdapat perbezaan yang ketara di antara dua ekonomi ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: gasharga minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd