Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Malaysia Ditahan Bawa...

JAKARTA - Polis Indonesia berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan menggunakan...

Malaysia Airlines Tawar Diskaun...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines menawarkan diskaun hebat sehingga 25 peratus tambang ke...

Penyelewengan RM107 Juta Tak...

PUTRAJAYA - Penyelewengan dana kerajaan bernilai RM107 juta dalam Kementerian Belia dan Sukan...

Tun Sakaran Meninggal Dunia

KOTA KINABALU - Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal...

PPBM Dakwa Gabungan UMNO-PAS Hanya Kerana Terdesak

JELI – Hasrat Umno mengadakan kerjasama dengan PAS disifatkan sebagai terdesak untuk memperolehi kembali kepercayaan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan Sazmi Miah.

​​​​​​​Katanya ketika ini Umno dalam keadaan terdesak dan disebabkan itu mereka mahu kerjasama dengan PAS bagi meraih semula pengaruh parti itu.

“Bagi saya Umno terdesak kerana hilang punca, kuasa, rakyat sudah tinggalkan mereka malah pemimpin peringkat tertinggi mereka juga meninggalkan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Penjawat Kesedar Wilayah Jeli-Tanah Merah di sini, hari ini.​​​​​​​

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini secara jelas mempelawa PAS bersama dalam gerakan politiknya.​​​​​​​

​​​​​​​Sazmi berkata gabungan itu sebenarnya tidak akan memberi kesan kepada kedua-dua parti tersebut untuk mendapat kembali mendapat kepercayaan rakyat.


“Mereka hanya bergabung dalam khayalan dan hanya mampu melaungkan perjuangan Melayu namun tidak membantu kaum Melayu,” katanya. – BERNAMA

Kategori